06 January 2023

SYAMSUL YUSOF MENGAKU NIKAH IRA KAZAR - PUTERI SARAH: "U TURNED EVERYTHING INTO MY FAULT? BUT APA-APA PUN TAHNIAH..."



Setelah sekian lama menjadi teka-teki... akhirnya pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, 39, tampil mengesahkan bahawa dia telah pun sudah bernikah dengan wanita pilihannya, Ira Kazar, hari ini menerusi muat naik video di laman Instagram miliknya.


Dalam video tersebut, Syamsul menjelaskan, pernikahan itu berlangsung di Thailand dan berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.

"Saya sudah bernikah secara sah dengan Ira yang berwalikan ayah dia sendiri di Thailand. Ada sebab ia dilangsungkan di sini bagi memudahkan beberapa perkara. Perkahwinan ini juga sudah didaftarkan," ujarnya.

Dalam masa sama, Syamsul yang difahamkan kini berada di Thailand itu turut memaklumkan pelakon Puteri Sarah masih lagi isterinya yang sah.

Klik untuk gambar besar



"Kepada Puteri Sarah, saya mengharapkan kepulangan awak. Pulanglah ke rumah agar kita dapat berbincang dan tak perlu dihebahkan dalam media sosial. Bawa anak-anak kita balik.

"Apa saja kita berbincang di rumah tanpa perlu mengaibkan saya. Terus-terang, bawa anak-anak ke sana sini tanpa keizinan suami, sedangkan saya masih suami awak. Saya tak nak cakap lebih, fikir-fikirkanlah," katanya.

Anak kepada pelakon serta penerbit filem dan drama, Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail itu berkata, dia juga tidak berniat membelakangkan keluarganya.



"Tak pernah terlintas membelakangkan keluarga, Saya harap doa yang baik-baik dari ibu bapa, adik-beradik dan keluarga. Saya berdoa keputusan yang saya buat dirahmati, dilindungi Allah daripada segala fitnah, hasad dengki dan niat jahat.

"Paling penting, saya mengharapkan doa terbaik. Saya bukan manusia sempurna, ada masanya melakukan kesilapan," tutur pengarah filem 'Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan' ini.

Sementara itu, menerusi Insta Story milik Puteri Sarah, dia telah mengucapkan tahniah kepada suaminya yang akhirnya membuat pengakuan berhubung perkahwinan kali keduanya itu.



Kata Puteri Sarah lagi, ketika ini dia sibuk dengan penggambaran dan akan memberi respon berhubung hal ini dalam sebuah video nanti.

"You turned everything into my fault? Ok, wait. Tengah shooting jap. Kejap lagi Sarah buat video. Tunggu ya. But apa-apa pun tahniah sebab akhirnya mengaku dan berdaftar. Selepas dah berbulan nikah di Thailand kan," tulis Puteri Sarah.

Sebelum ini, kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah antara yang terhangat diperkatakan sepanjang tahun 2022 selepas Sarah mendedahkan Ira sebagai orang ketiga yang mengganggu rumah tangga mereka sejak empat tahun lalu dan turut membawa masalah ini ke muka pengadilan.

Untuk makluman, Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah 4.



________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: