07 January 2023

DAKWAAN KAHWIN ADIK AYDA JEBAT - ABANG MOHON HORMATI PRIVASI ZAINAL: "KESIAN ADIK SAYA... JODOH ITU DI TANGAN TUHAN"



"Apa yang berlaku ini hanya boleh dijawab oleh Zainal saja. Kesian adik saya itu, disebabkan isu ini rumah tangganya ada masalah pula. Kepada pihak pegawai agama itu perlulah bertanggungjawab. Apapun saya tak nak komen lebih, biarkan tuan punya badan yang mengesahkan atau tidak.


"Cuma saya boleh katakan, jodoh itu di tangan Tuhan. Saya ada nasihat kan dia (Zainal) supaya kuat tempuh dugaan ini," kata abang kepada Datuk Zainal Abidin Hassan iaitu Khalid Ali yang memohon semua pihak agar menghormati privasi adiknya, Datuk Zainal Abidin Hassan yang didakwa melangsungkan perkahwinan dengan seorang artis tempatan.

Ketika dihubungi Arena Metro, Khalid berkata, pihak yang mengeluarkan cerita itu sepatutnya mendapatkan kebenaran bekas jurulatih Penang FC itu terlebih dahulu.

Sebelum ini, akhbar ini melaporkan seorang bekas jurulatih Liga Super berusia 60-an membuktikan beliau masih lagi laku selepas berkahwin kali kedua dengan wanita berusia 29 tahun.

Susulan itu, ia menjadi perbualan hangat di media sosial terutama di beberapa portal yang 'memetik' nama Zainal yang dikatakan mengahwini adik kepada Ayda Jebat iaitu Fina Jebat yang pernah menyertai sebuah rancangan realiti televisyen swasta.

Walaupun tiada pengesahan atau pengakuan daripada kedua-dua pihak, netizen dan beberapa portal sukan serta hiburan memberi bayangan individu dimaksudkan itu adalah Zainal dan Fina.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: