30 January 2023

"DIA HAMIL ATAU TIDAK, SAYA TAK TAHU..." - YUSOF HASLAM ENGGAN ULAS DAKWAAN KATA IRA KAZAR KINI SEDANG HAMIL



"Dia hamil atau tidak, saya tak tahu. Saya tak nak komen. Saya tidak mahu lagi komen tentang Syamsul. Cukup-cukuplah. Banyak hati yang perlu dijaga. Isteri saya pun masih dalam keadaan sedih," itulah tutur penerbit dan pengarah, Datuk Yusof Haslam yang enggan mengulas khabar angin mendakwa Ira kini sedang hamil.


Menerusi laporan mStar, Yusof menjelaskan, dia lebih selesa mengambil langkah berdiam diri daripada mengulas kontroversi melibatkan pengarah dan pelakon Syamsul Yusof kerana enggan lagi memanjangkan isu rumah tangga anaknya berkahwin dua.

Katanya lagi, tindakan itu juga sebagai menjaga hati isteri, Datin Patimah Ismail yang kini masih bersedih selepas Syamsul mengumumkan pernikahannya dengan Ira Kazar pada awal Januari lalu.

"Sebagai orang seni, saya kena jawab apabila ditanya. Menjadi sasaran di media sosial juga adalah satu perkara yang perlu saya sedia daripada awal. Saya kena hormat kerja wartawan yang menjalankan tugas.

Klik untuk gambar besar



"Kalau ditanya saya akan cuba jawab sebaik mungkin," ujar Yusof yang memahami kedudukannya sebagai seorang yang dikenali.

Dalam pada itu, Yusof turut enggan mengulas apabila ditanya sama ada Syamsul sudah bertemu dengannya dan isteri selepas dilaporkan sudah lama tidak pulang ke rumah.

Yusof berkata, sebagai bapa dia sentiasa menyokong apa sahaja kerja yang sedang dilakukan Syamsul dan berharap segala masalah akan dapat diselesaikan segera.



"Saya tak nak cakap Syamsul balik rumah atau tidak. Saya sentiasa doakan untuk Syamsul, Puteri Sarah dan dua cucu saya. Saya tahu Syamsul pun tengah tertekan sekarang.

"Saya tetap sayang dia. Walau sebelum ini kata-kata saya macam marah, tapi itu hanya di mulut sahaja. Hati tetap sayang. Soal apa yang berlaku di masa akan datang, biarlah Allah tentukan," tuturnya.

Pada 5 Januari lalu, Syamsul menggemparkan dunia seni apabila dia mengakui sudah bernikah dengan anak kepada pelakon Kazar Saisi iaitu Ira Kazar di Thailand.



Selepas kisah tersebut hangat di perkatakan, Syamsul dan isteri pertamanya, Puteri Sarah saling berbalas komen di media sosial namun dilihat masih belum bertemu penyelesaian terhadap kemelut rumah tangga mereka.

Rentetan itu, pada 15 Januari, Puteri Sarah bertindak memfailkan perceraian secara baik di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur terhadap Syamsul.

Untuk makluman, Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.


________ IKLAN ________

JUALAN PAYDAY 25 JANUARI. JOM BOOKING, & BAYAR KEMUDIAN.  - - Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan PAYDAY mulai 12 malam 25 Januari ini.

Anda boleh booking dulu hari ini barangan mahal yang dijual hanya RM25 sahaja. Barangan adalah terhad, sapa cepat dia dapat!!

Malah banyak tawaran lain disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.  










_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: