30 January 2023

SHUIB HADIR BERSAMA WATIE, SIAP SEDONDON DI KONSERT CURI PERHATIAN



Baru-baru ini, penyanyi Lah Ahmad telah mengadakan konsert iaitu 25 Years Lah Ahmad Live in Concert di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Art Centre (PJPAC).


Namun yang menjadi tumpuan ramai adalah kehadiran penyampai radio dan pelawak Shuib Sepahtu bersama wanita yang sedang dikenalinya, Watie Hanifiah pada konsert tersebut.

Malah, pasangan itu dilihat tampil berpakaian sedondon serba hitam dan kuning. Kehadiran Shuib mula menjadi perhatian apabila Lah mendendangkan lagu 'Adinda' sambil beramah mesra dengan penonton yang hadir.

Malah, Watie juga turut memuat naik video di Instagram Story sebagai tanda sokongan kepada bekas anggota kumpulan V.E. itu. Perkongsian yang dimuat naik oleh Watie itu turut memperlihatkan bahagian sisi wajah Shuib yang duduk di sebelahnya.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, hubungan Shuib hangat kembali apabila Watie turut berada di sebuah restoran ketika makan malam bersama anak-anaknya berdasarkan gambar dimuat naik.

Bagaimanapun, menerusi temubual bersama Harian Metro, Shuib menafikan bakal mendirikan rumah tangga dengan Watie pada Mac hadapan. Malah, Shuib menegaskan enggan membelakangi keluarganya dalam sebarang keputusan yang diambil.

Sebelum ini, Shuib berkata dia hairan dengan segelintir netizen yang kurang senang jika dia berkahwin dengan Watie. Malah, ada netizen terus menilai wanita itu akan menjadi ibu tiri yang garang

Sementara itu, pada konsert tersebut, penyanyi Lah Ahmad telah menitiskan air mata ketika mempersembahkan lagu 'Di Pintu Syurga' tatkala menyempurnakan segmen penghormatan (tribute) untuk dua sahabat seperjuangannya, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin dan Allahyarhamah Adibah Noor.

"Sarah adalah antara sahabat seperjuangan saya yang bersama-sama naik dalam industri. Antara kenangan yang paling saya ingati adalah, ketika dia berkongsi bagaimana suaminya, Shuib menguratnya menggunakan lagu Ayu," kata Lah.

Selain tampil solo mempersembahkan lagu-lagu popularnya, Lah juga turut bergabung bersama kumpulan nasyid Inteam, menerusi lagu popular mereka, 'Kasih Kekasih' dan Shazzy menerusi lagu 'Kenapa'.

Kehadiran Aina Abdul menyampaikan lagu duet 'Tunggu Kamu' bersama Lah turut menjadi kemuncak konsert berkenaan.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: