10 January 2023

"DOAKAN YANG BAIK-BAIK" - SYAMSUL YUSOF HARAP KEDUA-DUA ISTERINYA TENANG & BANYAKKAN BERSABAR



Syamsul Yusof yang sebelum ini membuat pengakuan sudah pun bernikah dengan Ira Kazar di Thailand itu dilihat telah memuat naik satu perkongsian terbaru di laman Instagram dimana dia berharap kedua-dua isterinya bertenang dan banyak bersabar, selain meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik buat mereka.


Dalam hantaran tersebut, pengarah dan pelakon itu turut berkongsikan foto pernikahannya bersama kedua-dua isteri, Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar.

"Morning! Moga kedua-dua isteriku tenang dan banyakkan bersabar. Doakan yang baik-baik," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, susulan pengakuan Syamsul itu, ramai pihak yang meluahkan rasa tidak puas hati sehingga menjadi bualan hangat dan mengundang kecaman masyarakat.

Malah, ibu pengarah berkenaan iaitu Datin Patimah Ismail berkata, dia tidak merestui dan reda dengan perkahwinan kedua anaknya ini dengan Ira Kazar.

Sementara itu, bapa Syamsul pula, Datuk Yusof Haslam memberitahu, tiada keperluan untuk dia bersemuka dengan besannya, Kazar Saisi berhubung pernikahan anak mereka serta mengatakan tiada apa yang perlu dibincangkan.


________ IKLAN ________

JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.












_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: