10 January 2023

"TITIK PERMULAAN ATAU PENGAKHIRAN..." - SERA DIAJAK SHUK TUNAI UMRAH SEBELUM TERIMA KEPUTUSAN MAHKAMAH



"Untuk umrah ni, ada la Shuk yang mengajak... sebagai titik permulaan atau pengakhiran untuk keputusan mahkamah yang akan diketahui bila kami balik umrah. Kiranya satu titik permulaan hidup baru untuk diri masing-masing.


"Apa jua keputusan mahkamah sama ada positif atau negatif, pada saya apa yang sudah, sudah la. Saya mahu fokus kepada anak-anak dan manakala Shuk pula fokus pada perniagaannya.

"Saya dan Shuk mahu berubah menjadi lebih baik dalam urusan anak-anak dari segi tanggungjawab. Macam saya sebagai ibu, dan Shuk pula dari segi nafkah anak-anak serta apa jua yang tidak dititik beratkan sebelum ini," demikianlah ujar isteri kepada pelawak Shuk Sahar, Rossa Sera.

Klik untuk gambar besar



Semua sedia maklum ketika ini, Shuk dan isterinya sedang mengerjakan ibadah umrah sekaligus membuatkan netizen gembira. Bagaimanapun, ada dikalangan netizen yang tertanya-tanya status hubungan Shuk dan Sera apatah lagi rumah tangga mereka beberapa kali dilanda badai sebelum ini.

Difahamkan, Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah ke sana bersama-sama rakan perniagaan Shuk serta jemaah umrah yang lain.





________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: