10 January 2023

PUTERI SARAH MINTA SYAMSUL 'LEPASKAN', TAK RELA DIMADU: "MALUNYA YA ALLAH, SYAIKHUL & SUMAYYAH DAPAT AYAH MACAM NI"



"Kepada Mohd Shamsul, oleh kerana awak block saya sehingga sekarang dan tidak ajak berbincang, saya minta lepaskan saya kerana saya tidak rela dimadu," itulah tulis pelakon Puteri Sarah Liyana yang membuat pengumuman mengejutkan di laman Instagram miliknya selepas suaminya, Syamsul Yusof masih menyekat nombor telefonnya.


Bersama kapsyen tersebut, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, turut memuat naik dua foto anaknya iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, yang berusia empat tahun.

Nampaknya kemelut rumah tangga Puteri Sarah, 38, dan Syamsul, 39, sudah hampir mencapai kemuncak apabila pelakon itu menyatakan hasrat mahu menamatkan ikatan perkahwinan mereka kerana dia tidak rela hidup bermadu.

Klik untuk gambar besar



Puteri Sarah meluahkan rasa kesal apabila sehingga kini Syamsul masih mendiamkan diri dan tidak mahu berbincang menyelesaikan isu yang hangat diperkatakan.

Sehubungan itu, rata-rata netizen telah memberikan kata-kata semangat dan mendoakan agar urusan Puteri Sarah dipermudahkan.

"Semoga dipermudahkan buat Puteri Sarah, Allah bersamamu. Semoga kuat untuk diri sendiri dan anak-anak." - "Keputusan yang bagus Puteri Sarah, terus kuat," antara komen-komen netizen.



Sementara itu, menerusi Insta Story pula, Puetri Sarah berkata, dia cuba untuk tidak memberikan reaksi terhadap perkara yang sudah berlaku, namun terpaksa bersuara kerana ingin menyatakan rasa kecewa bagi pihak keluarga.

Perkongsian Sarah itu dipercayai merujuk kepada kenyataan yang telah dibuat oleh Syamsul Yusof sebelum ini. Dalam pada itu, Sarah turut memohon agar Syamsul tidak lagi menyakiti hati anak-anak dan berfikir dahulu sebelum membuat sebarang hantaran di media sosial.

"Orang jahil akan serlahkan kejahilannya. Walaupun dia disangka berilmu. Saya cuba untuk tidak memberikan reaksi kerana semuanya sudah berlaku. Tetapi saya rasa bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa saya berasa kecewa dan malu bagi pihak anak-anak serta keluarga.

"Syaikhul dan Sumayyah sedang membesar dan saya tidak boleh sorok mereka daripada telefon pintar. Jangan sesekali menyakiti hati dan perasaan anak-anak. Berfikirlah sebelum membuat sebarang hantaran. Malunya ya Allah, Syaikhul dan Sumayyah dapat ayah macam ni," tuturnya.

Sebelum ini, menerusi Instagram, Syamsul berharap kedua-dua isterinya iaitu Puteri Sarah dan Ira Kazar bertenang dan banyakkan bersabar berdepan ujian hubungan mereka.

Untuk makluman, Syamsul dan Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata. Pada Jumaat lalu, Syamsul membuat kejutan apabila mengumumkan telah bernikah kali kedua dengan Ira Kazar di Thailand dan berwakil walikan ayahnya, pelakn veteran Kazar Saisi.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: