01 January 2023

FITRI HARIS REDA BUTIK MILIKNYA TURUT TERBAKAR 80 PERATUS DEK KEBAKARAN JAKEL



Butik Al Mukarramah milik penyanyi nasyid, Dr Fitri Haris telah musnah lebih 80 peratus, selepas terbabit sama dalam tragedi kebakaran yang berlaku di gedung tekstil terkemuka, Jakel Mall di Seksyen 7, Shah Alam, awal pagi tadi.


Berhubung hal tersebut, Fitri, 38, redha dan berkata, dia pada awalnya tidak menduga tragedi kebakaran pada pagi tahun baharu 2023 yang dihadapi hari ini akan merebak sehingga ke butik perniagaannya yang terletak berhampiran dengan lokasi utama kejadian.

"Saya mengetahui mengenai kejadian kebakaran itu pada pagi tadi selepas membaca laporan berita. Bagaimanapun, saya tidak menyangka premis butik perniagaan saya yang diusahakan kira-kira lima tahun lalu di kawasan itu juga terkena sama.

"Perasaan ketika tiba di kawasan butik, bagaikan tidak menyangka premis perniagaan saya juga terbakar sama. Saya hanya fikirkan bagaimana dengan barangan pelanggan dan juga keselamatan pekerja yang mungkin berada di dalam butik.

Klik untuk gambar besar



"Saya langsung tidak memikirkan jumlah kerugian yang ditanggung ketika itu kerana nyawa pekerja dan barangan pelanggan lebih utama. Apapun, kemusnahan kebakaran di butik saya membabitkan lebih 80 peratus dan ini dugaan daripada Allah buat saya," ujarnya yang dipetik berkata kepada Harian Metro.

Fitri sebelum ini turut berkongsi berita duka itu menerusi hantaran di Instagram (IG), beberapa jam lalu. Dalam hantaran itu, dia juga memaklumkan kepada pelanggan terpaksa menangguhkan aktiviti jualan di butiknya yang dijadualkan berlangsung hari ini.

"Butik saya turut mengalami kebakaran. Pohon doa kesejahteraan buat Jakel Shah Alam kerana kebakaran seluruh wisma itu membuatkannya merebak hingga ke Butik Al Mukarramah.

"Segala urusan promosi ditangguhkan dan akan dikemaskini. Saya juga ingin maklumkan acara hari ini turut dibatalkan. Mohon maaf atas kesulitan. Hanya pada-Nya kami berserah," tulisnya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pada jam 7.08 pagi.

Sepasukan pegawai dan anggota serta aset dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam; BBP Kota Anggerik; BBP Subang; BBP Kota Raja; BBP Damansara; BBP Sungai Pinang dan BBP Puchong digegaskan ke lokasi.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: