"Alhamdulillah, terima kasih kepada Luqman dan Eryn kerana telah bersama-sama meruntuhkan rumah tangga saya. Semoga kalian bahagia di atas penderitaan dan kesedihan saya."
Demikian tulis bekas isteri pelakon Luqman Hafidz iaitu Nurul Atiqah menerusi laman Instagram miliknya dimana dia memberi bayangan punca perpisahan mereka pada Jun lalu disebabkan kehadiran orang ketiga.
Nurul Atiqah atau nama penuhnya Nurul Atiqah Mat Apandi, 31, membuat pendedahan tersebut susulan bekas suaminya itu membuat pengakuan sudah bercerai.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, bekas isteri pelakon 'Ola Bola' ini turut memaparkan tangkap layar mesej diterima daripada netizen yang mendakwa pernah melihat Luqman di Pulau Pinang bersama wanita lain tahun lalu.
Dakwa individu tersebut, Luqman atau nama penuhnya Muhd Luqman Hafidz Muhd Fauzi, 31, ke sana untuk bercuti dan dia dilihat bersama dengan seorang wanita yang tidak bertudung.
"Stay strong. Sebenarnya saya pernah nampak bekas suami awak dekat Pulau Pinang dengan perempuan lain. Sebelum awak update pasal homewreck tu. Rasanya tahun lepas.
"Dia beratur belakang saya masa beli nasi ayam. Tauke tu tanya datang shooting ke. Dia kata datang bercuti. Perempuan tu tak pakai tudung. Baru saya tahu dia dah berkahwin dan awak pula bertudung," ujarnya.
Sebelum ini, Luqman mendedahkan dia dan isterinya sudah bercerai secara baik di mahkamah namun tidak memperincikan butiran perpisahan mereka.
Untuk makluman, Luqman dan Atiqah mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2020 dan pasangan itu dikurniakan seoarang anak perempuan iaitu Eve Laura, 2, pada 6 Februari 2021.
________ IKLAN ________
WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...
LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!
_______ IKLAN _________
________________________

No comments:
Post a Comment