01 January 2023

"DAH KELUAR GUA TAPI 'PLAY VICTIM' PULAK..." - PUTERI SARAH BAKAL TUNAI UMRAH LAGI



Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof yang sebelum ini berdiam diri itu akhirnya tampil buka mulut menerusi muat naik video di laman Instagram miliknya dimana dia berjanji akan menyelesaikan masalah, selain merungkai apa yang berlaku di sebalik kemelut rumah tangganya dengan isteri, pelakon Puteri Sarah Liyana dalam masa terdekat ini.


Dalam pada itu, Puteri Sarah menerusi Insta Story telah berkongsi kapsyen agak sinis yang membawa maksud tersendiri dan mungkin ditujukan kepada seseorang pada foto anak perempuannya, Sumayyah.

"Dah keluar gua tapi play victim (jadi mangsa) pulak. Takpelah, janji settle (selesai). Stay classy they said (Tetap berkelas, kata mereka)," tulisnya berserta emoji bibir.

Sebelum ini, Puteri Sarah dilihat ada memuat naik satu perkongsian mengatakan bahawa tahun 2023, para isteri akan lebih 'lelaki' berbanding lelaki itu sendiri. Pada masa sama, Puteri Sarah turut berharap agar wanita diluar sana yang senasib dengannya akan terus kuat menghadapi segala ujian.

Klik untuk gambar besar



Selain itu, di Instagram Story juga, Sarah meluahkan hasratnya untuk memulakan lembaran 2023 ini dengan mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah sekali lagi.

"Penutup 2022 in Tokyo, Insya Allah, Pembukaan 2023, umrah. Thank you Allah (Terima kasih Allah)," tulisnya ringkas berserta emoji hati dan senyum bahagia.

Meninjau ke perkongsian terbaharu di hantaran Instagram pula, Sarah berkongsi video dia mengenakan telekung labuh berwarna hitam yang cantik dan elegan.



Dengan kapsyen ringkas ditulis, "Hello 2023, A new year!, A new me" berserta emoji senyum bahagia yang mendapat lebih 8,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Melihat pada ruangan komen pula, kebanyakan wargamaya yang mengikuti Sarah memuji penampilannya, selain ada juga yang memberikan kata-kata semangat dan inspirasi buatnya sempena tahun baharu.

Puteri Sarah yang masih bercuti bersama dua anaknya, Syaikhul Islam, 5 dan Sumayyah, 3, di Tokyo, Jepun turut berkongsi momen indah percutian mereka yang seronok berjalan-jalan ke Ueno Park, bermain, termasuk membeli barangan permainan.

Terdahulu, Syamsul berkata dia tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak termasuk isterinya, Puteri Sarah yang sering berkongsikan kisah rumah tangga kepada umum di media sosial.






________ IKLAN ________

JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.












_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: