"Sebenarnya saya dan Alissa sudah bertunang pada 29 Oktober lalu, dan apa yang saya boleh nampak, memang banyak dugaan yang datang dalam tempoh pertunangan ini. Sebelum tunang pun kami banyak salah faham dan hampir putuskan hubungan.
"Alhamdulillah, jodoh masih panjang dah akhirnya kami ambil keputusan untuk meneruskan hubungan ke fasa seterusnya," itulah kata pelakon Alif Muhaimin, 28, yang mengakui berdepan pelbagai dugaan sejak mengikat tali pertunangan bersama kekasih, Nur Fatin Alissa Azam, 21, pada 29 Oktober lalu.
Alif berkata, dia tidak menyangka akan diuji dengan pelbagai perkara termasuk insiden kediaman keluarganya di Kelana Jaya dijilat api pada 12 Disember lalu.
Bagaimanapun, Alif menganggap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya, selain ia adalah bentuk ujian untuk mempersiapkan diri menjadi seorang suami bertanggungjawab.
Klik untuk gambar besar
Kata Alif lagi, musibah melanda keluarganya banyak mengajarnya tentang erti sabar selain reda dan meletakkan diri sepenuhnya kepada Allah SWT.
"Sebelum ini saya terima tawaran dan sudah rancang untuk simpan duit itu untuk kerja kahwin. Sekali, saya diuji pula dengan rumah terbakar. Banyak juga wang harus dikeluarkan untuk baiki rumah.
"Saya diuji pula dengan tiada sebarang tawaran... waktu itu memang saya serahkan semuanya kepada Allah dah Alhamdulillah bila saya tenang dan reda, rezeki itu datang satu persatu," ujarnya.
Ditanya mengenai fasa seterusnya, Alif atau nama penuhnya Alif Muhaimin Abdul Rahman berharap urusan dia dan wanita idamannya itu mendirikan rumah tangga dipermudahkan.
Dalam pada itu, Alif turut meluahkan rasa terharu apabila keluarga bakal mentuanya menerimanya dengan cukup baik selain banyak membantu meringankan beban termasuk sejak rumah keluarganya terbakar.
"Saya bersyukur sangat mendapat calon isteri yang saya impikan. Alissa seorang yang baik dan sangat memahami. Ibunya, Wan Zainab juga sangat baik hati kerana banyak bertolak ansur dalam urusan perkahwinan kami selain membantu ketika keluarga saya ditimpa musibah," tuturnya.
Sebelum ini, Alif diuji apabila kediaman keluarganya terbakar berpunca daripada litar pintas yang menyebabkan hampir kesemua barang milik mereka hangus dan tidak boleh digunakan.
________ IKLAN ________
NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45"
Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.
MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"
PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc
100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.
Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI
_______ IKLAN _________
________________________

No comments:
Post a Comment