01 January 2023

MASIH SAYANG ISTERI - CAT FARISH AKUI 'HABIT' SUKA CAKAP ULANG KALI



"Siapa kata tak sayang, mestilah sayang. Sepanjang perkahwinan, kami tak ada pun bergaduh sangat, cuma ada la beberapa part yang tak setuju. Sejujurnya saya pun rindu anak-anak.


"Dua tahun saya luangkan masa bersama keluarga saya. Bila jadi macam ini, saya jadi terfikir betul ke kami bergaduh... jadi tanda tanya. Yela, siapa kahwin nak cerai kan.

"Benda ini jadi terlalu pantas dan mengejut," ujar penyanyi dan pelakon Cat Farish yang mengakui dia masih menyayangi isterinya, Suriani Hassan dan merindui anak-anak.

Berkongsikan mengenai kejadian yang berlaku, Cat berkata, ketika itu berlaku sedikit pertengkaran sehingga dia melafazkan cerai terhadap isterinya sebanyak tiga kali serta mengakui mempunyai tabiat cakap berulang kali.

Klik untuk gambar besar



"Lafaz yang saya ucapkan itu sebanyak tiga kali. Saya ini jenis suka ulang cakap, jadi ketika itu lafaz tu berulang kali disebut. Kawan-kawan ada bagi saya video ceramah UIA mengenai talak.

"Ikutkan yang saya faham, tetap sekali talak dan ia sah namun berdosa. Tapi apa-apa pun kena tunggu apa keputusan mahkamah nanti untuk lebih jelas," katanya.

Sebelum ini, hangat diperkatakan apabila isteri Cat mendakwa diceraikan penyanyi itu pada 13 Disember lalu selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Malah, Suriani berkata dia juga tertanya-tanya serta terkejut apabila selebriti itu melafazkan cerai sebanyak tiga kali dalam satu masa tanpa sebab.

Untuk makluman, Cat dan Suriani mendirikan rumah tangga pada 20 November 2020 namun tidak dikurniakan cahaya mata.

Cat juga pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli namun bercerai pada 2016. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Nia Karlyssa, 14, Eva Latheefa, 12, dan Qul Iskandar, 11.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: