02 January 2023

SUDAH SETAHUN HILANG - RAS ADIBA BELUM PUTUS ASA JEJAK, OPTIMIS ZALINA AZMAN AKAN PULANG



Senator Datuk Ras Adiba Radzi nampaknya tidak berputus asa berharap agar dapat bertemu kembali dengan sahabatnya, bekas personaliti TV3 iaitu Zalina Azman dimana dia dilaporkan sudah setahun hilang tanpa khabar berita.


Membuka lembaran baharu tahun 2023, Ras menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik beberapa gambar Zalina, selain meluahkan rasa rindu dan masih terus mengharap agar Zalina, 60, ditemui meskipun pelbagai spekulasi mula timbul sejak kisah kehilangannya mula diperkatakan.

"Banyak yang diperkatakan dan berita palsu berleluasa, tetapi saya tidak akan putus asa. Sekiranya Zal (panggilan Zalina) membaca mesej ini, ketahuilah yang saya rindu Zal dan berharap awak akan cari saya... pulanglah," katanya.

Berita kehilangan Zalina atau nama penuhnya Zalina Shaharah Azman mula heboh diperkatakan sejak Julai lalu selepas tular satu laporan polis berhubung perkara berkenaan.

Klik untuk gambar besar



Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam sebelum ini, anak kepada Zalina memaklumkan ibunya itu tidak dapat dihubungi sejak November 2021.

Ras sendiri telah menjalankan pelbagai usaha menjejaki Zalina termasuk melakukan rondaan di sekitar kawasan rumah rakannya itu di Shah Alam selain meninjau di sekitar kawasan Bangsar di mana tempat mereka bekerja dahulu.

Orang ramai juga turut membantu mencari Zalina dan pernah sebelum ini dilaporkan beberapa orang wanita mirip Zalina di temui di kawasan berbeza sekitar Lembah Kelang.

Sementara itu pihak polis dalam satu kenyataan pada awal Disember 2022 memaklumkan kes siasatan terhadap Zalina tidak pernah ditutup malah seramai 20 individu telah dipanggil bagi merakam keterangan melibatkan ahli keluarga dan rakan bagi membantu usaha mengesannya.





________ IKLAN ________

JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.












_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: