02 January 2023

"SAYA HANYA HAMBA LEMAH" - ALIFF AZIZ MOHON MAAF, TAK MAHU TEGAKKAN BENANG YANG BASAH ISU MASIH SENTUH PELAKON WANITA



"Bagi Aliff, perkara tidak betul kita tidak boleh tegakkan benang yang basah dan mengatakan benda itu betul. Cuma saya hanya seorang hamba Allah yang masih lemah.


"Setiap hari saya cuba untuk perbaiki diri sendiri semampunya untuk jadi lebih baik," itulah kata penyanyi dan pelakon Aliff Aziz berhubung dia masih melakonkan babak berpegangan tangan bersama aktres wanita menerusi drama lakonannya.

Ujarnya lagi, soal hukum hakam dalam agama bukan perkara boleh dipersenda apatah lagi mengubah mengikut cita rasa sendiri dan sebagai seorang beragama Islam dia menyedari akan hal tersebut.

Sekiranya penonton tidak bersetuju dengan babak bersentuhan yang dilakonkannya dalam drama, Aliff atau nama penuhnya Muhammad Aliff Aziz, 32, tampil memohon maaf dan turut meminta peminat untuk mendoakan yang terbaik buat dia dan bukan mencaci atas kekhilafan dilakukannya.

Klik untuk gambar besar



"Saya mohon kepada semua untuk doakan yang baik-baik, bukan sahaja untuk saya tetapi untuk semua pelakon. Saya mohon maaf terlebih dahulu kepada semua yang menonton sekiranya ada tidak bersetuju dengan tindakan saya.

"Saya harap ini tidak menjadikan sebab untuk orang mencaci kerana bagi saya lebih baik kita mendoakan kerana kebaikan itu akan berbalik kepada kita," tuturnya.

Untuk info, drama lakonan Aliff iaitu 'Cina Buta' arahan Shahrulezad Mohameddin kini sedang ditayangkan di slot Mega Drama Astro Ria (104) atau Astro Go. Drama ini turut dibintangi barisan pelakon terkenal termasuk Ungku Ismail, Nad Zainal, Puteri Aishah, Azhan Rani dan ramai lagi.

'Cina Buta' mengisahkan tentang pasangan suami isteri, Sharnaaz dan Mia Sara yang mempunyai ego tinggi dan sering bergaduh sehingga mereka bercerai buat kali ketiga.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: