02 January 2023

NABILA RAZALI TERSINGGUNG KOMEN 'TAK BOLEH NYANYI LIVE'- ATU MOHON MAAF: "APA YANG SAYA CAKAP BUKANNYA TAK BETUL"



Ketika muncul menerusi program The Masked Singer Malaysia musim ketiga pada malam Jumaat, pelawak Atu Zero telah memberikan komen kepada salah seorang peserta yang menyanyikan lagu 'Pematah Hati'.


Atu dalam komennya secara spontan memberitahu individu di sebalik kostum itu bukan Nabila kerana penyanyi itu tidak boleh membuat persembahan secara langsung.

Berhubung komen tersebut, Nabila atau nama penuhnya Nur Nabila Mohd Razali, 31, dia berasa kecewa dan tidak menyangka apabila pelawak itu tergamak untuk melakukan sesuatu yang boleh mengguris hati demi mencari perhatian.

Nabila yang meluahkan pandangannya mengenai tindakan Atu itu menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya berkata, komen dibuat pelawak berkenaan tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka atau punchline ketika muncul dalam program televisyen.

Klik untuk gambar besar



"Mungkin punchline sebegini kelakar bagi sesetengah orang tetapi tidak buat saya. Saya tidak marah kepada dia (Atu). Hanya sedikit kecewa.

"Saya rasa perkara ini sama sahaja seperti 'body shaming'. Kepada semua pelawak, tolong cari bahan jenaka lebih baik untuk buat orang ketawa. Mungkin awak mahu jatuhkan orang lain demi mendapat perhatian," tuturnya.

Penyanyi lagu 'Peluang Kedua' ini memberitahu, dia sentiasa cuba memperbaiki diri setiap tahun selepas sering kali mendapat kritikan gagal membuat persembahan baik di atas pentas. Kata Nabila, hanya peminat setia sahaja tahu progres yang dilaluinya.

Sementara itu, Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif, 31, menjelaskan tindakannya mempersendakan Nabila baru-baru ini bukan perkara rekaan sebaliknya kenyataan yang pernah tular sebelum ini.



Bagaimanapun, Atu mengakui kesilapan atas keterlanjuran kata terhadap Nabila namun berharap komen itu dapat dijadikan sebagai pembakar semangat untuk Nabila memperbaiki mutu nyanyiannya selepas ini.

"Daripada segi kata-kata memang saya salah. Namun melihat pada sudut berbeza, anggaplah ia sebagai pembakar semangat untuk dia menyanyi lebih baik ketika membuat persembahan live selepas ini.

"Apa yang saya cakap ketika program itu bukannya tak betul. Perkara itu pernah viral sebelum ini. Jadi saya cakap sahajalah," katanya.

Memberi respon kepada hantaran yang dibuat Nabila, Atu memberitahu dia sudah menghubungi penyanyi itu menerusi pesanan di Instagram namun tidak berbalas.

"Saya dapat tahu hal tersebut apabila ada orang maklumkan kepada saya. Mungkin peminat dia. Jadi saya terus DM (direct messege) dia mohon maaf. Dia tidak balas mesej tersebut. Mungkin dia tengah marah, jadi berikanlah masa dahulu. Kalau selepas ini marah lagi saya akan ulang minta maaf," ujarnya.

Sementara itu, Atu juga berjanji akan lebih berhati-hati apabila mengeluarkan punchline atau bahan jenaka supaya tidak lagi menyinggung perasaan mana-mana pihak di masa akan datang.

Dalam masa sama apabila bercakap tentang isu pelawak sering mempersendakan orang lain ketika membuat persembahan, katanya ia bergantung kepada penerimaan penonton.

"Mestilah saya akan lebih berhati-hati selepas ini. Ada bahan lawak yang boleh diterima orang, namun ada juga yang dianggap sensitif," jelasnya.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: