02 January 2023

JALANI PEMBEDAHAN HIDUNG - ZARINA ZAINUDDIN NAFI BUAT DEMI CANTIK TAPI KERANA MASALAH SINUS



"Yang tidak tahu tentang diri saya, anda tuduh macam-macam. Jadi hari ini saya perlu terangkan keadaan sebenar. Saya ada masalah sinus yang teruk dan migrain sehingga selalu sakit kepala.


"Kepala saya sakit sangat sampai nak hantuk ke dinding. Saya ada masalah sinus dan migrain yang teruk sampai tidak boleh bercakap. Masalah sinus ini membuatkan saya selalu berasa sakit kepala dan berasa nak marah saja.

"Saya berasa sangat sakit sampai mahu membuka tudung kerana sudah tidak larat kerana kepala saya sakit sangat. Doktor melakukan pembedahan dan membuang semua bendalir dalam hidung.

"Ingat saya nak hidung macam ini. Hidung saya cukup cantik sebelum ini," ujar pelakon Zarina Zainuddin yang tampil menjelaskan perkara sebenar dimana dia melakukan pembedahan di bahagian hidung bukan semata-mata demi untuk cantik tetapi sudah tidak tahan dengan masalah sinus dialaminya sejak sekian lama.

Klik untuk gambar besar



Zarina berkata, dia juga tidak mahu keadaan hidungnya jadi seperti itu. Justeru, dakwaan mengatakan dia membuat pembedahan kosmetik adalah tidak benar sebaliknya atas faktor kesihatan.

Pelakon itu menjelaskan hal tersebut dalam sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya. Perkongsian Zarina itu turut mendapat perhatian dari pengikutnya dan kebanyakan mereka simpati dan turut mendoakan kesembuhannya.

Dia juga menunjukkan bahagian muka yang dibedah dan perubahan pada hidung selepas menjalani prosedur tersebut. Dalam masa sama, pelakon ini turut tegas meminta mana-mana pihak yang sengaja menuduh dia melakukan pembedahan plastik bagi tujuan kecantikan agar segera memohon maaf.



"Saya terima keadaan diri saya begini dan jika anda sayangkan saya, tolong doakan saya. Sedapnya cakap hati orang terluka dan korang boleh ketawa ya?.

"Kepada mereka yang tidak tahu tapi terus menghakimi, jumpa saya dan minta maaf sebelum saya mati. Atau cari saya di akhirat. Membaca komen anda pun boleh buat saya menangis dan tambah sakit kepala," tuturnya.

Tambah Zarina, anaknya iaitu Azal juga mengalami masalah sama namun tidak dapat menjalani pembedahan disebabkan keadaannya yang menghidap autisme.

"Azal pun alami masalah yang sama tetapi saya tak sanggup nak buat pembedahan sebab keadaan dia begitu. Jadi dia cuma makan ubat sahaja.



________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: