03 January 2023

"MINTA MAAF YA NABILA RAZALI, DIA MELAWAK SAJA" - ISTERI ATU



Isteri kepada Atu Zero iaitu Shafeeqa Johari menerusi satu perkongsian di laman Instagram turut tampil memohon maaf di atas ketelanjuran suaminya itu kepada penyanyi Nabila Razali, susulan komen sindiran dibuat pelawak itu ketika program The Masked Singer Malaysia.


"Permulaan tahun baru untuk kami. Misi bantuan kami pun tak dapat viral begini. Atu.. Atu.. sebarang saja kau ini. Banyak sangat baca komen netizen dia ini. Minta maaf ya Nabila Razali. Dia melawak saja. Kawan-kawan boleh tengok lakonan dia ya. Ramai yang memuji lakonannya, saya pun tengok," tulisnya.

"Kami ini bukan siapa-siapa. Dia hanya seorang penghibur. Biarpun bukan pemegang anugerah apa-apa, ibarat warna warni kehidupan. Demi Allah tidak sombong insan yang bernama Atu ini. Jika sombong, tidak dia turun sendiri memberi bantuan untuk orang-orang susah.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, Nabila meluahkan terasa hati dengan komen Atu yang menyindirnya tidak boleh menyanyi secara 'live'. Menurut Nabila, gurauan tersebut mungkin kelakar bagi sesetengah orang namun tidak bagi dirinya yang cuba sedaya upaya untuk menjadi penyanyi yang bagus.

Sementara itu, Atu menjelaskan, dia sudah menghantar mesej permohonan maaf kepada penyanyi itu menerusi DM di Instagram namun tidak berbalas.




________ IKLAN ________

JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.












_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: