03 January 2023

BILA FATIN AFEEFA KONGSI VIDEO ANAK PEREMPUAN 'MANJA' DENGAN BAPA TIRI



Semua sedia maklum pada 30 Disember lalu, pelakon Fatin Afeefa telah selamat mendirikan rumah tangga lagi sekali dengan pilihan hatinya yang merupakan seorang jutawan dikenali sebagai Aliff Awang.


Sejak berkahwin, Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 29, dilihat semakin bahagia menjalani kehidupan baharu bersama suami barunya apatah lagi sebelum ini namanya sering terpalit dengan pelbagai kontroversi.

Menerusi perkongsian terbaru di TikTok, Fatin telah memuat naik video memaparkan kemesraan anak perempuannya, Ivy Herra Sophia dengan bapa tirinya. Dalam video tersebut, Ivy dilihat memegang tangan sambil bermain dengan cincin dipakai bapa tirinya itu.

Malah, Ivy juga dilihat berpegangan tangan dengan Aliff ketika sedang berjalan, manakala Fatin berjalan bersama anak lelakinya. Fatin bagaimanapun sempat berseloroh mengatakan anak perempuanya itu tidak bagi peluang langsung kepadanya dan suami untuk bermesra sebagai pengantin baharu.

Klik untuk gambar besar



Meskipun baharu tiga hari melangsungkan perkahwinan, Fatin terpaksa berkongsi kasih suami dengan anak perempuannya yang kini berusia 7 tahun.

Perkongsian Fatin itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial yang suka melihat keakraban Ivy dengan bapa tirinya itu serta mendoakan rumah tangga pasangan itu bahagia hingga ke akhir hayat.

Malah mereka turut bimbang sekiranya ada pihak yang tidak senang melihat Ivy rapat dengan Aliff.



"Dia pula yang obses dengan bapa dia, risau tengok siapa yang baru kahwin ini. Ivy dah jadi orang ketiga dalam hubungan Fatin, jangan ada yang meroyan sudahlah.

"Comel Ivy manja dengan ayah baru, tunjuk lagi Fatin nanti ada yang koyak pula," antara komen-komen pengguna laman sosial.

Untuk makluman, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai pada 30 Mei 2017. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ivy Herra Spohia.

Sebelum berkahwin dengan Adam, Fatin juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian.



________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: