03 January 2023

DITUDUH ILUSI TENTANG ADA TEMAN WANITA, DEK TUNJUK WAJAH SIPI-SIPI - INI RESPON BAD INDIGO



"Saya tak faham kenapa netizen nak kata kekasih saya itu ilusi, saya tahu ramai yang menghina saya... dah tua, sakit, dan cacat... Suruh tak payah bercinta... tak payah susah kan orang. Korang ini kenapa nak kumpul dosa?


"Buat siapa yang kata ilusi itu, ada sebab kenapa saya tak tunjuk muka dia. Saya cuma nak kongsi kepada followers dan kawan-kawan saya. Saya cuma kongsi nak kebahagiaan bukan tunjuk muka.

"Saya dah lama dalam industri ini, lantaklah orang nak cakap apa pun," itulah kata penyanyi Bad Indigo yang memberitahu dia tidak kisah tentang kata-kata warganet yang membuat pelbagai spekulasi mengenai teman wanitanya kerana paling penting baginya keluarga dan kenalan rapat mengetahui perkara sebenar.

Klik untuk gambar besar



Ramai mengetahui Bad kini difahamkan sedang dilamun cinta selepas dua kali gagal dalam rumah tangga. Bagaimanapun, tindakan merahsiakan identiti kekasihnya membuatkan Bad dituduh hanya berilusi tentang mempunyai teman wanita.

Akui bimbang sekiranya ada perkara tidak diingini berlaku sehingga mengganggu hubungan mereka jika mendedahkkan wajah wanita tersebut, Bad atau sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah, 48, turut memaklumkan dia memang merancang ke arah perkahwinan, namun ketika ini lebih fokus kepada kesihatan dirinya terlebih dahulu.

"Belum masanya lagi, takut nanti macam-macam masalah akan timbul. Mana tahu ada orang dengki atau sakit hati. Kita sebenarnya pun nak jaga hati pihak sana supaya tidak tertekan dengan perkara-perkara macam ini.



"Tapi saya akan tunjuk sikit demi sikit. Saya rasa tiada keperluan sangat nak tunjuk wajahnya kepada umum. Umur saya pun dah berapa, tentu saya nak tamatkan zaman solo saya juga. Saya masih mencuba dan tidak tawar hati untuk berkahwin lagi.

"Tapi tahun ini saya nak perbaiki diri saya sendiri, saya nak kuatkan kaki dan berjalan semula, baru saya fikir perkara itu (kahwin)," jelasnya.

Sebelum ini, perkongsian Bad meraih perhatian ramai apabila penyanyi berkenaan berkongsi sudah menemui pengganti selepas mengumumkan penceraian dengan penyanyi Ashira sekitar Jun lalu selepas mendirikan rumah tangga pada 11 Mac 2021.






________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: