03 January 2023

"AKU TISU TANDAS, GUNA SELAGI AKU BERNYAWA" - QI RAZALI BERI BAYANGAN ADA KEMELUT, UMUM KONSERT TERAKHIR BERSAMA OAG



"Saya telah buat keputusan menggunakan akal dan hati, itu adalah persembahan terakhir saya bersama OAG. Pilihan jalan hidup yang mendorong saya buat keputusan ini. Band itu tetap akan terus wujud, jangan risau.


"Kekuatan band itu bukan dekat pemain dram. Jadi boleh saja ganti mana-mana pun. Pilihan saya adalah kebaikan saya. Kalau anda sokong kerjaya saya, sokonglah langkah saya kali ini."

Demikian tulis pemain dram OAG iaitu Qi Razali menerusi laman Twitter miliknya dimana dia mengumumkan konsert '30 Tahun Generasiku' yang berlangsung pada 25 Disember lalu merupakan persembahan terakhir dia bersama kumpulan tersebut.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Qi atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali, 45, dalam hantaran berbeza seolah-olah memberi bayangan punca pengunduran dia disebabkan wujud kemelut yang berlaku antara dia dan anggota lain dalam OAG.

Menerusi luahan tersebut, Qi turut menyifatkan dirinya seperti tisu tandas yang dipergunakan sehingga ada pihak mengambil kesempatan terhadap dirinya.

"Aku tisu tandas, gunalah aku selagi aku bernyawa. Jangan tanya kenapa aku buat keputusan ni. Aku ada hak. Ini hidup aku. Aku pilih jalan hidup aku. Lu stay lu punya lorong okay?

"Adakah aku terlalu lembut sampai orang pijak aku? Tahun ini tak ada lagi okay. Kalau aku kerek atau nampak macam aku pentingkan diri sendiri, ye, aku pentingkan diri aku tahun ni. Bye bye toxic people. Shoo... Shoo. Go away," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Qi ada memaklumkan menerusi InstaStory bahawa dia akan menjelaskan perkara sebenar di sebalik pengundurannya dalam masa terdekat.

Untuk info, Qi sebelum ini pernah meninggalkan OAG pada tahun 1999. Keputusan tersebut dibuat untuk dirinya lebih fokus kepada pelajaran dan karier pada ketika itu.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: