03 January 2023

SEDANG DIULIT BAHAGIA - FIZI ALI AKUI SUDAH 'BERTEMAN' SEJAK 6 BULAN LALU: "KALAU ADA YANG NAMPAK, ITULAH ORANGNYA"



Penyampai radio Hot FM iaitu Fizi Ali kini dilihat sedang melalui fasa bahagia selepas setahun bercerai apabila menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wanita berusia 29 tahun sejak enam bulan lalu.


Berterus terang mengenai perkara berkenaan selepas berkongsi wajah teman wanitanya itu di laman Instagram, Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin, 34, bagaimanapun memilih untuk tidak mendedahkan identiti wanita berkenaan buat masa ini.

"Sekarang ini dalam proses perkenalan serius. Boleh kata dia adalah wanita istimewa. Dia ada pernigaan sendiri dan kami kenal sejak enam bulan lalu bermula dari sekadar kawan-kawan sahaja. Kalau ada yang nampak kami keluar berdua itulah orangnya," kata Fizi kepada mStar.

Bercakap tentang perancangan mendirikan rumah tangga, Fizi menyerahkan soal itu kepada jodoh, selain berkata wanita berkenaan juga sedia menerima dirinya yang berstatus duda anak satu.

Klik untuk gambar besar



"Jodoh itu semuanya kerja Tuhan. Kalau jodoh berpanjangan saya terima. Lelaki dan wanita perlukan pasangan dalam hidup. Bukan hanya keluarga dan orang keliling, kena ada seseorang untuk kongsi perasaan," ujarnya.

Dalam masa sama Fizi sudah mengingatkan tentang cabaran berkasih dengan seorang selebriti sepertinya kerana pasti akan ada yang beranggapan negatif.

"Saya dah beritahu dia kena kuat. Nanti macam-macam orang akan cakap. Mungkin ada yang belum move on dengan kisah lama. Dia okey sahaja dan sedia berhadapan dengan semua itu," tuturnya.

Untuk makluman, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 namun mengumumkan bercerai Disember 2021. Mereka mempunyai seorang anak perempuan Nur Ameena Sofia, 3 tahun.



________ IKLAN ________

JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.












_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: