03 January 2023

"SUDAH BANYAK KALI PERKARA INI DIPERKATAKAN, TERPULANGLAH..." - ZOEY ENGGAN LAYAN TUDUHAN BUAT PEMBEDAHAN MUKA



Nama pelakon dan pengacara Zoey Rahman nampaknya sekali lagi menjadi bualan dalam kalangan netizen yang tampil menegur perubahan pada wajahnya sehingga dia didakwa melakukan pembedahan kosmetik.


Berhubung dakwaan berkenaan, Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abdul Rahman, 38, bagaimanapun enggan mengambil pusing tuduhan tersebut, sebaliknya mengambil pendekatan bersabar.

Tambahnya lagi, dia sudah lali menerima kecaman berkaitan isu tersebut dan menyerahkan kepada orang ramai untuk membuat penilaian.

"Sudah banyak kali perkara ini diperkatakan. Terpulanglah kepada orang untuk menilai. Kalau mereka anggap betul buat pembedahan muka, maka benarlah bagi mereka. Saya pun sudah lali dikecam dan dimaki. Itu adalah perkara biasa sebagai seorang anak seni.

"Mungkin ada dalam kalangan artis yang tak boleh nak hadap kecaman, tetapi saya anggap seperti masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kecaman ini tidak akan habis. Nanti lain masa timbul pula isu lain," tuturnya yang dipetik sebagai berkata kepada mStar.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, video yang dikongsi Zoey di Tiktok miliknya itu menjadi bualan ramai dan ada dalam kalangan netizen yang turut membuat perbandingan perubahan wajahnya di awal kemunculan sebagai artis.

Dalam pada itu, Zoey berkata, sebagai manusia biasa, dia adakalanya terguris hati dengan tuduhan sesetengah pihak tentangnya, namun mengambil pendekatan bersabar dan enggan mengulas komen dilemparkan terhadapnya.

"Saya baca komen-komen yang diberikan dan sebagai manusia normal semestinya akan ada rasa terguris apabila mereka keterlaluan. Bagaimapun kalau selalu berdepan dengan perkara itu ia jadi biasa.

"Saya bukan seorang yang cepat marah dan pendendam. Jadi lebih baik berdiam dan tidak membalas kecaman tersebut. Saya tahu kecaman begitu tidak akan pernah habis," ujarnya.

Dalam masa sama, ada juga meluahkan rasa kurang senang melihat Zoey tampil bersolek bagi mempromosikan jenama kosmetik miliknya Mika Series.

"Itu jenama saya dan kenapa perlu malu untuk mempromosikan perniagaan sendiri. Sepatutnya orang Malaysia juga patut bangga kerana produk saya dijual di Watsons yang merupakan kedai rangkaian antarabangsa.

"Produk kosmetik bukan sahaja untuk wanita. Lelaki juga perlu pakai terutama selebriti untuk kelihatan menarik apabila muncul di televisyen. Jadi saya tak rasa salah untuk tunjukkan cara bersolek.

"Lebih baik saya yang promosikan sendiri supaya pengguna lebih yakin dan percaya. Itu adalah salah satu strategi perniagaan dan saya perlu ikut peredaran semasa," jelasnya.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: