03 January 2023

DITEGUR MAKIN SEKSI - RIENA DIANA MAHU JADI DIRI SENDIRI, NAFI IA ADA KAITAN DENGAN PUTUS CINTA



"Tiada kena mengena dengan kisah cinta, saya yang pilih untuk tidak berkongsi kerana jarang tunjuk kehidupan peribadi dan pemakaian saya kepada pengikut mungkin disebabkan itu orang terkejut tengok saya pakai macam itu.


"Sebelum ini bantai sahaja, baju lebih seksi pun pernah saya pakai cuma saya tak kongsi di media sosial," jelas pelakon Riena Diana mengenai penampilannya yang dikatakan menjolok mata sehingga kini menjadi perhatian apabila ramai.

Ramai netizen membuat telahan perubahan fesyen Riena sebagai satu bentuk memberontak selepas percintaannya dengan jejaka dikenali sebagai Nik Afiq berakhir dengan perpisahan.

Dalam pada itu, Riena menafikan perubahan tersebut disebabkan hubungan cinta terlerai. Jelas pelakon drama 'Kampung People' itu, dia sememangnya seksi sejak dulu lagi namun tidak terlalu berkongsikan foto atau gaya pemakaiannya di media sosial.

Klik untuk gambar besar



Berhubung kecaman yang dilemparkan netizen terhadapnya, Riena berkata, dia tidak mengambil hati, selain turut meminta kepada netizen berhenti mengikutinya di media sosial jika tidak selesa dengan cara pemakaiannya itu.

"Saya tak marah orang yang kecam saya... saya terima dengan hati terbuka. Kalau orang tegur, maknanya orang sayang pada diri saya. Pada orang yang tak selesa dengan cara saya berpakaian dan apa saya kongsi di media sosial...

"Saya alu-alukan untuk unfollow saya. Saya bersyukur masih ada lagi orang bercakap fasal saya dan saya boleh hadap kecaman ini," katanya.



Sementara itu, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 25, mahu menjadi diri sendiri sekali gus enggan menipu peminat dengan memaparkan perkara tidak benar tentang dirinya di media sosial.

Tambahnya, keluarganya juga tiada masalah dengan penampilan dia, malah terus mendoakan kejayaannya dalam industri seni.

"Tahun ini saya nak tunjuk apa sahaja yang saya nak tapi itu bukan bermaksud netizen boleh cakap macam-macam fasal saya," ujarnya.






________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: