03 January 2023

"PEMINAT SANGKA SAYA YANG BERAKSI RUPA-RUPANYA UK'S LAIN... NAK HALANG PUN DAH TIADA KUASA" - AMIR UK'S



"Saya dah tak tahu nak cakap macam mana lagi. Nak halang pun dah tiada daya dan kuasa. Jadi. biarlah mereka dengan cara mereka. Tak boleh nak buat apa. Yang kelakarnya, setiap kali pergi 'show' mereka tetap nak menyanyikan lagu nyanyian saya. Jadi, bergantung kepada peminat sama ada boleh terima atau sebaliknya.


"Pernah juga berlaku peminat sangka saya yang beraksi tetapi rupa-rupanya UK's lain," ujar penyanyi kumpulan UK's, Amir yang sudah tidak mempunyai jawapan apabila terdapat beberapa pihak menggunakan nama yang sama dengan kumpulannya ketika ini.

Jelas Amir nama sebenarnya Mohd Azmir Muhammad Yusof, peminat juga sudah tahu UK's mempunyai tiga kumpulan dengan ejaan berbeza, namun dengan sebutan yang sama.

Selain UK's yang dianggotai Amir, terdapat dua lagi kumpulan menggunakan nama sama, tetapi berbeza ejaan iaitu Ukays yang ditubuhkan bekas anggota UK's iaitu Amy. Satu lagu kumpulan turut menggunakan nama Ukays yang dianggotai bekas penyanyi mereka, Achik.

Kumpulan ini ditubuhkan pada 1986 dengan nama Ukay sebelum ditukar kepada Ukays menerusi album kedua, Mencari pada 1992. Ketika menghasilkan album keempat, 'Tajam Menikam' pada 1995, namanya ditukar lagi kepada UK's pula.

Dalam tujuh album studio mereka, Amir adalah penyanyi untuk enam album kecuali album pertama, Tinggal Irama pada 1989 yang menampilkan Zul sebagai penyanyi.

Klik untuk gambar besar



Tambah Amir lagi, dia pernah dihubungi seorang rakan bertanyakan mengenai persembahannya di tempat mereka dan dia menjelaskan itu UK's lain. Katanya, tindakan itu sukar difahaminya, sekali gus merosakkan kredibilitinya.

"Itu yang buat orang keliru. Dari dulu lagi saya dah cakap perkara ini. Ia sebenarnya kacau 'market' saya. Saya dapat tahu UK's yang itu tetap mengadakan persembahan walaupun dengan bayaran murah.

"Ia merendahkan nilai UK's yang sudah lama bertapak dalam industri muzik. Macam saya katakan, itu hal mereka dan saya dah malas nak persoalkan. Dah lama berlarutan dan tetap juga nak menggunakan nama UK's. Tak faham kenapa ada yang nak gunakan nama UK's sedangkan dia bukan anggota asal.

"Dalam erti kata lain, kalau nak UK's yang murah ambillah mereka. Saya bukan nak kata saya mahal tapi nilai itu yang perlu selepas berpuluh tahun saya menyanyi dah macam tak berguna. Tapi saya percaya bahawa UK's saya yang sebenarnya orang nak. Saya tak menyalahkan komposer Saari Amri dalam isu ini.

"Dia pun tak boleh nak halang sebab bila mereka menyanyikan lagu ciptaannya, dia akan dapat royalti. Mereka yang menyanyikan lagu UK's nyanyian saya memang muka tak malu," katanya.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: