04 January 2023

IBNOR RIZA DISERANG PELBAGAI PENYAKIT SERENTAK - OGY MOHON HULUR BANTUAN



"Saya nak buat pembedahan dan kena ambil darah. Rupa-rupanya saya ada masalah kencing manis, darah tinggi, migrain dan kolesterol tahap kritikal. Namun, saya bersyukur buah pinggang dan jantung okey. Mula-mula bacaan gula dalam darah ialah 22.


"Sekarang menurun kepada 11.9," demikian kata penyanyi popular era 80-an, Ibnor Riza, 62, apabila dia diserang pelbagai penyakit yang datang dengan serentak pada masa yang sama.

Ibnor ketika dihubungi memaklumkan, dia turut mengalami masalah hilang suara dan leher membengkak sejak tiga bulan lalu. Jelasnya, dia berjumpa doktor pakar dua minggu lalu dan dimaklumkan ada sel mati yang membentuk nanah di dalamnya dimana ia perlu membuat pembedahan.

Penyanyi yang popular dengan lagu 'Meneka Dalam Kesamaran' dan 'Mimpi Yang Tak Sudah' ini berkata, disebabkan masalah itu, dia terpaksa menolak banyak undangan menyanyi kerana kehilangan suara.

"Batuk tiada dan sakit tekak pun tiada tetapi suara dah macam bunyi itik. Jadinya dah tiga bulan saya tiada pendapatan. Memang saya sangat terkesan dengan kos perubatan yang dikeluarkan dan segala perbelanjaan lain.

Klik untuk gambar besar



"Perkara ini buat semangat saya makin merudum kerana saya adalah ketua keluarga dan semuanya dalam tanggungjawab saya," tuturnya.

Sementara itu, penderitaan Ibnor turut dikongsi pelakon dan pengarah terkenal, Fauziah Ahmad Daud atau lebih mesra disapa sebagai Ogy itu di media sosial.

"Tetapi terpaksa ditangguhkan atas nasihat doktor pakar, oleh kerana bacaan gula dalam darah terlalu tinggi. Maka dengan itu tidak dinasihatkan untuk menjalani pembedahan oleh kerana gula dalam darah terlalu tinggi buat masa ini.

"Kolesterol yang kritikal, buasir yang membengkak dan kehilangan suara. Allahuakbar...inilah yang dihadapi sahabat kita Ibnor Riza," tulisnya.

Ogy dengan rendah hati memohon kepada semua agar mendoakan yang terbaik buat Ibnor. Dia turut menyertakan nombor akaun peribadi Ibnor iaitu 114478024958 (Maybank) sekiranya ada yang mahu menghulurkan bantuan.


________ IKLAN ________

JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.












_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: