Penyanyi Indonesia iaitu Tegar Septian menerusi satu sesi live di TikTok baru-baru ini telah mendedahkan bahawa dia baru tahu bekas isterinya, Sarah Sheilka selama ini berbohong bahawa anaknya, Abidzar Oktoviano Putra Septian itu bukan dari benihnya.
Jelas penyanyi yang popular dengan lagu 'Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang', bekas isterinya itu sudah pun hamil sebelum bernikah dengannya tiga tahun lalu.
"Selama tiga tahun baru tahu selama ini saya dibohongi, ya dia sudah ada anak (hamil) sebelum bernikah. Sebenarnya masa berjumpa dengannya iaitu sebelum kahwin dia sudah beritahu sudah hamil.
"Ketika itu selepas tiga hari kami berkenalan. Masa tu saya tak berfikir panjang. Mahu tak mahu hanya teruskan saja pernikahan," katanya.
Klik untuk gambar besar
Ditanya oleh netizen siapa bapa sebenar kepada anaknya itu, Tegar menuduh dia adalah kekasih bekas isteirnya. Malah, Tegar juga bersedia untuk melakukan ujian DNA.
"Anak siapa? Tengok Instagram Sarah ada photo kekasihnya nah mungkin anak dia. Saya Cuma tak sangka aja tapi itu Allah dah tentukannya. Belum test DNA tapi saya berani saja untuk lakukannya. Lagipun cuba tengok foto anak ada tak mirip saya?" soalnya.
Terdahulu, Tegar dan isterinya telah pun bercerai enam bulan lalu selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Abidzar Oktoviano Putra Septian.
________ IKLAN ________
WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...
LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!
_______ IKLAN _________
________________________
No comments:
Post a Comment