10 January 2023

FINA JEBAT DIDAKWA KAHWIN SUAMI ORANG, ZAINAL ABIDIN BUKAN DUDA?



Selepas melakukan persembahan Famili Duo malam semalam, penyanyi Fina Jebat tampil mengakui dirinya sudah bergelar isteri kepada bekas jurulatih, Datuk Zainal Abidin Hassan, sekaligus menjawab segala persoalan yang menjadi tanda tanya sebelum ini.


Sungguhpun begitu, Fina yang juga adik kepada penyanyi dan pelakon Ayda Jebat itu enggan memperincikan butiran lanjut, termasuk tarikh perkahwinan mereka.

Namun terkini, timbul pula dakwaan mengatakan Fina atau nama sebenarnya, Nur Syafinaz Jebat, 30, sebenarnya berkahwin dengan suami orang selepas status Datuk Zainal Abidin, 62, dipersoal apabila tular di media sosial.

Menerusi perkongsian di TikTok, seorang pengguna mengatakan bahawa Datuk Zainal Abidin bukanlah seorang duda dan turut menyertakan gambar bekas jurulatih itu bersama isterinya, Datin Zalina.

Klik untuk gambar besar



"Bila pula Zainal tu duda," demikian coretan dalam sebuah video yang memaparkan foto Datuk Zainal Abidin bersama isteri pertamanya.

Memetik laporan Kosmo, Datuk Zainal Abidin yang dihubungi bagi memberi respon ringkas berhubung hal berkenaan, bagaimanapun memberitahu dirinya sedang menghadiri mesyuarat.

"Maaf saya tengah meeting (dalam mesyuarat)," kata Datuk Zainal Abidin.



________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: