09 January 2023

ISU GOSIP ALIFF AZIZ & SOPHIA ALBARAKBAH - OSMAN KESAL ADA PIHAK AMBIL KESEMPATAN JATUHKAN MARUAH PELAKON UTAMA



"Saya rasa tidak adil apabila mereka (Aliff Aziz & Sophia AlBarakbah) dilanda gosip yang tidak sepatutnya. Ia secara tidak langsung mengganggu emosi dan psikologi pelakon yang ketika ini sedang bertungkus-lumus melaksanakan tanggungjawab mereka.


"Ketika mereka cuba merealisasikan watak yang mencabar ini, ada pula pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk membuat pelbagai spekulasi negatif hingga boleh menjatuhkan maruah dan mengganggu emosi beberapa pihak.

"Saya sendiri turut bertindak memberikan motivasi kepada pelakon apabila 'mood' mereka terkesan akibat perkara itu," ujar pengarah 'Ku Akad Kau Dengan Bismillah' (KAKDB), Osman Ali yang kecewa apabila terdapat pihak yang membuat pelbagai spekulasi tidak benar terhadap kemesraan dan babak romantis yang dipamerkan bintang utamanya, Aliff Aziz dan Sophia AlBarakbah.

Klik untuk gambar besar



Sejak minggu lalu, nama Alif dan Sophia menjadi bualan ramai dalam media sosial selepas tular video promosi drama 'Ku Akad Kau Dengan Bismillah'.

Babak romantis dalam video itu mencetuskan rasa kurang senang ramai apabila Aliff dilihat menyentuh rambut Sophia sekali gus mewujudkan kebimbangan umum yang risau episod hitam Aliff sebelum ini berulang kembali.

Sementara itu, Osman turut tampil menjawab kekeliruan orang ramai berhubung video tular Aliff yang dilihat berada di sebuah kelab malam bersama seorang wanita, sejak semalam. Jelas Osman, kehadiran Aliff itu adalah bagi menjalani penggambaran drama KAKDB.



"Memang sehari dua ini pihak produksi sedang menjalani penggambaran di kelab malam yang membabitkan pelakon Alif Aziz, Jasmine Suraya, Chumie, Izwan Shahidan dan ramai lagi.

"Banyak adegan berlaku di sana kerana dalam drama adaptasi novel ini, watak Luth Mikail lakonan Aliff adalah seorang 'playboy' hingga kehidupannya berubah selepas berlaku satu insiden yang tidak dijangkakan," katanya.

Mengulas lebih lanjut adakah benar penggambaran drama terbabit berakhir sehingga lewat jam 5 pagi, Osman berkata, ia berlaku atas faktor yang tidak dapat dielakkan.



"Sepanjang hampir 25 hari kami menjalani penggambaran drama ini hanya tiga hari berlaku kelewatan sehingga tamat lewat pagi. Semuanya berlaku atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

"Namun keesokan harinya adalah 'break day' (rehat) untuk semua orang. Malah kami selalu akan cuba sebaik mungkin untuk elakkan perkara seperti itu berulang.

"Syarikat produksi saya juga akan mengehadkan kerja 15 jam sehari untuk setiap pelakon dan krew produksi. Jika melebihi had itu, kami akan memberikan masa rehat yang panjang untuk penggambaran keesokannya," tuturnya.



________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: