29 January 2023

FIZO OMAR UMUM ISTERI KINI HAMIL 5 BULAN, ANAK BARU MASUK 7 BULAN



Pelakon dan pengacara Fizo Omar telah mengumumkan berita gembira di laman Instagram miliknya dimana isterinya, Fazeera Nazri Azrai kini sedang hamil anak kedua mereka, meskipun baru tujuh bulan menimang cahaya mata perempuan.


Dalam perkongsian tersebut, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 38, meluahkan rasa syukur di atas rezeki zuriat yang diberikan, selain memaklumkan usia kandungan isterinya itu sudah pun melepasi trimester pertama dan kini mencecah lima bulan.

"Syukur Alhamdulillah, rezeki lain dari Allah buat kami semua. Beza Khaleeda dan adik dia ini 11 bulan saja, kilang buka terus produce," tulis Fizo yang dilihat teruja apabila bakal bergelar bapa kepada tiga orang cahaya mata.

Menerusi video yang dimuat naik itu juga, Fizo memberitahu bahawa anak keduanya, Wan Khaleeda akan bergelar Kak Ngah manakala anak sulungnya, Wan Maryam pula akan mempunyai dua adik.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian Fizo itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk rakan artis yang mengucapkan tahniah buat pasangan itu serta tumpang gembira dengan berita tersebut.

"Tahniah! seronok anak rapat-rapat. Nanti dah besar macam sebaya." - "Hebat! Tahniah Fizo dan isteri. Semoga mummy dan anak dalam kandungan sihat-sihat selalu." - "Betul-betul rapat jarak ini, nanti besar macam kembar masing-masing," antara komen-komen netizen.

Untuk makluman, Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata pertama, Wan Khaleeda pada 25 Jun 2022 dan kini berusia tujuh bulan.

Fizo sebelum ini pernah berkahwin dangan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Wan Maryam yang kini berusia enam tahun.










________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: