29 January 2023

BAPA SISSY IMANN: "ANAK SAYA, SEORANG 'FIGHTER'... SAYA MEMANG TERUJA UNTUK TONTON PERSEMBAHAN MALAM INI"



"Sesiapa mengenali rapat anak saya, Sissy pasti tahu dia adalah wanita yang mempunyai semangat kental dalam perjuangan. Dia juga bukan seorang yang buat kerja setengah jalan dan akan berundur diri dengan mudah. Bahkan, dia bukan seorang yang cepat 'koyak' dengan kritikan.


"Anak saya, seorang 'fighter' (pejuang). Dia orangnya kuat dan tidak cepat mengalah. Cuma, pada hari itu (Ahad lalu) hatinya betul-betul rapuh dengan komen daripada juri, Mas Idayu. Tapi, saya tahu dia perlukan masa bertenang untuk bangkit semula.

"Cuma, pada kejadian pada malam Ahad lalu, saya sendiri tidak tahu apa yang sebenarnya difikirkan Sissy ketika itu. Tapi, pada saya apa yang sudah dibuatnya (Sissy) dalam persembahan menyanyikan lagu 'Jampi' dalam genre muzik keroncong adalah terbaik.

"Lagi pula, setiap minggu persembahannya bersama Naim dipentas Famili Duo itu mengetengahkan inovasi di luar kotak yang mana muzik boleh divariasi dalam pelbagai genre walaupun irama klasik Melayu.

Klik untuk gambar besar



"Tapi, sekarang saya memang teruja untuk menonton persembahan malam ini," itulah ujar bapa kepada penyanyi Sissy Iman iaitu Mohammad Kamil Mustaffa, 59, ketika dihubungi.

Kata Kamil, dia kini teruja mahu menyaksikan persembahan minggu ketujuh anaknya itu bersama pasangan sepupunya, penyanyi Naim Daniel di pentas Famili Duo TV3, malam ini.

Kamil yang menyifatkan Sissy banyak mengikuti sifat dirinya sejak kecil itu memberitahu, anak kedua daripada tiga beradik itu amat mengutamakan kesempurnaan dan sentiasa berusaha membuat terbaik dalam persembahannya sebagaimana dirancang.



"Sissy, selalu suka bersiap sedia begitu juga ketika belajar dulu, dia akan bersungguh-sungguh sehingga berjaya meraih anugerah pelajar terbaik selama 10 semester berturut-turut dengan penguasaan markah yang tinggi. Sebab itu, saya sentiasa yakin dengan semangat juang dirinya.

"Apapun, persediaan untuk persembahan malam ini, semuanya dibuat saat akhir pada malam semalam. Saya harap dan doakan segalanya berjalan lancar kerana Sissy dan Naim benar-benar memberi kerjasama yang baik," katanya.

Terdahulu, Sissy difahamkan berkurung dalam bilik, mendiamkan diri dan hanya keluar apabila dipanggil untuk makan selama beberapa hari selepas menerima kritikan pedas daripada Mas Idayu, sehingga menjadi bualan hangat di media sosial dan mendapat perhatian ramai.

Tidak hanya itu, Sissy juga membuat keputusan drastik apabila mengumumkan di Instagram dia mahu menjual album sulungnya yang dirakam di Studio Abbey Road, London tahun lalu dengan harga RM20.



________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: