29 January 2023

"HATI NI SAKIT, SEDIH... BAGI SAYA JUMPA DIAORANG (ANAK-ANAK)" - MENANTU MUALAF DATUK ZAINAL ABIDIN HASSAN MAHU TUNTUT CERAI



Jika sebelum ini, kecoh diperkatakan di media sosial berhubung isu beristeri dua Datuk Zainal Abidin Hassan, namun terkini muncul pula konflik rumah tangga membabitkan anak sulung bekas jurulatih bola sepak itu, Mohd Zaiza, 37, dan menantu, Suzur Sofia Smeth Jaya, 32.


Menerusi laporan mStar, isteri Zaiza mengakui hubungan mereka berdepan masalah apabila dia mendakwa tidak dapat berjumpa dua orang anaknya, Muhammad Zaynedine Sulaiman, 5, dan Seri Zayana, 2.

Malah, Sofia mendakwa terpaksa meminta kerjasama pihak sekolah selain bantuan ahli keluarga untuk mengetahui perkembangan anak-anak bagi melepaskan rindu.

"Hati ni sakit, sedih. I pergi, balik kerja... anak-anak semua tak ada. I tanya khabar anak anak pun, tak dapat khabar. So, apa yang I buat, I call sekolah. Suruh sekolah ambil gambar anak saya.

Klik untuk gambar besar



"Itu anak saya yang first, yang lima tahun masuk tadika. Anak I yang kedua, yang umur dua tahun. Macam mana I nak dapat gambar dia. So I akan suruh my parent yang dekat Miri, supaya video call.

"Saya akan minta ibu saya jadi orang tengah untuk video call. Ada masa dijawab namun selalunya diabaikan. I nak tengok diaorang macam mana. Kadang dia angkat, kadang tak angkat. Cukuplah I tengok gambar diaorang.

"Bila bertanya khabar tentang anak-anak, saya hanya mahukan jawapan tentang hal tersebut. Janganlah jawab perkara yang tidak sepatutnya dan cuba mengelak.

"Saya penat sebab kerja. Janganlah dera mental saya. Tolonglah beri kerjasama. Saya hanya mahu berjumpa anak-anak," tuturnya yang bertugas sebagai pramugari.



Menerusi video yang dikongsikan portal terbabit, Sofia antara lain menjelaskan, dia tetap mengutamakan tanggungjawab anak-anak meski terikat dengan komitmen kerja.

Meskipun terikat dengan jadual kerja yang padat, Sofia berkata, sebelum ini dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak dan sentiasa memastikan keperluan mereka lengkap sebelum bekerja.

"I seorang ibu tau. I berkorban untuk diaorang. Bagi I jumpa diaorang, itu sahaja. Bagi I jumpa diaorang... mudahkanlah proses ini. Tak payah you nak kejar-kejar I, nak tahu I bawa budak-budak tu ke mana.

"You dont worry. Apa yang I boleh buat sebagai seorang ibu. Diaorang anak-anak I. Tapi apa yang you buat. Apa yang pernah hantar dekat I pasal anak-anak. Itu yang you kena tahu Zaiza dan semua ini nanti I akan usulkan dekat mahkamah Zaiza," katanya yang turut meminta agar saling menghormati.

Sofia bagaimanapun enggan mendedahkan punca konflik antara mereka memandangkan kes ini akan dibicarakan di mahkamah selepas dia memfailkan perceraian pada 5 Januari lalu. Maklum Sofia, kemelut rumah tangga mereka telah berlarutan sejak sekian lama namun dia tetap bertahan demi anak-anak.

"Saya ini seorang mualaf, keluarga pula jauh di Miri, Sarawak. Jadi memang tiada siapa di sini. Selama ini saya bertahan dalam perkahwinan sebab anak-anak.

"Kalau awak (Zaiza) sayangkan keluarga ini, awak boleh berubah dalam tempoh tujuh tahun kita berkahwin. Tetapi awak masih sama. Hanya kita berdua sahaja yang tahu apa masalah sebenar dan saya akan bawa semuanya ke mahkamah," jelasnya yang turut mendakwa mempunyai bukti untuk didedahkan kepada mahkamah.

Untuk makluman, Zaiza dan Sofia mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2016 dan mereka dikurniakan doa orang cahaya mata iaitu Muhammad Zaynedine Sulaiman, 6, dan Seri Zayana yang berusia dua tahun.


________ IKLAN ________

JUALAN PAYDAY 25 JANUARI. JOM BOOKING, & BAYAR KEMUDIAN.  - - Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan PAYDAY mulai 12 malam 25 Januari ini.

Anda boleh booking dulu hari ini barangan mahal yang dijual hanya RM25 sahaja. Barangan adalah terhad, sapa cepat dia dapat!!

Malah banyak tawaran lain disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.  










_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: