30 January 2023

DUO FAMILI: MAS IDAYU 'MEMBISU' SEBELUM 'DIPUJUK' - TIGA TERSINGKIR, SISSY IMANN & NAIM DANIEL SALAH SATU MARA KE PENTAS AKHIR



Pada persembahan pembukaan daripada Siti Sisters iaitu Siti Saerah dan Siti Saida menerusi program Famili Duo pada malam Ahad, penyanyi dangdut Mas Idayu dilihat seakan-akan 'merajuk' apabila enggan memberi sebarang komen.


Ajai atau nama sebenarnya Muhammad Faizal Maas yang juga juri program berkenaan dilihat mewakili Mas Idayu dengan berkata, dia menghormati keputusan dibuat penyanyi lagu 'Cintaku 100%' itu memandangkan tidak mahu apa yang keluar daripada mulutnya disalah anggap oleh orang lain.

"Saya mewakili Mas Idayu nak beritahu bahawa dia tak memberi sebarang komen di persembahan Famili Duo pada malam ini. Dia tidak mahu komen tersebut disalah anggap atau salah tafsir," ujarnya.

Ajai berkongsi perkara itu sebelum memberi komen persembahan Siti Saerah dan Siti Saida yang menyampaikan lagu medley 'Mentera Semerah Padi' dan 'Apokalis' nyanyian asal Datuk M. Nasir.

Klik untuk gambr besar



Dalam pada itu, selepas mendengar komen Ajai, adik-beradik kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza itu meminta Mas Idayu memberi komen terhadap persembahan mereka kerana menganggap ulasannya sebagai juri dapat membantu mereka memperbaiki diri pada peringkat seterusnya dalam Famili Duo.

"Jadi kami nak dengar lagi komen daripada kedua-dua juri, mungkin ini malam terakhir kami di sini," tuturnya.

Meskipun mendapat sorakan daripada penonton di studio, Mas Idayu bagaimanapun dilihat tetap dengan pendiriannya untuk mengunci mulut.



Namun begitu, selepas giliran Ayda Jebat dan Fyna Jebat mengadakan persembahan, Mas Idayu kembali bersuara selepas dipujuk dua beradik berkenaan.

Mas Idayu dalam komennya turut memberitahu dia sebenarnya tidak kisah atau takut dicerca mahu pun dihina sebaliknya bimbang apabila tidak mahu lagi menegur.

"Apa-apa pun dua-dua okay, Mummy okay... Mummy happy. Nak beritahu dekat Ayda dan Fyna di pentas, Mummy sebenarnya tak kisah, tak takut dicerca dan dihina oleh orang luar. Tak kisah sama sekali! Apa yang Mummy takut, Mummy hina dan cerca orang.



"Mummy juga tak takut untuk marah, menegur, membentak awak di atas pentas itu. Yang Mummy takut ialah bila Mummy tidak lagi mahu menegur. Malam ini terus terang saya rasa korang memang wow. Persembahan yang bagus malam ini," katanya.

Selepas Mas Idayu membuka mulut, Ayda dan adiknya itu kemudian turun ke pentas ke meja juri dan memeluk penyanyi terbabit.

Sementara itu, nampaknya perjuangan Siti Sisters untuk ke pentas final program realiti itu terhenti apabila diumumkan tersingkir pada pusingan Separuh Akhir, malam tadi, apabila memperoleh markah paling rendah iaitu 356.3.



Turut gagal ke malam kemuncak Famili Duo adalah Sabhi Saddi dan Fareedpf yang memperoleh 362.2 markah. Mereka membawakan lagu popular KRU, 'Fanatik'. Malah bukan itu sahaja, perjuangan Ara Johari dan Shaffiq Erwin turut terhenti minggu ini apabila hanya meraih 366.3 mata.

Gelaran Juara Mingguan pada malam separuh akhir Famili Duo diperoleh Ayda Jebat dan adiknya, Fyna, sekali gus melayakkan mereka mara ke pentas akhir. Duo tersebut bagaimanapun, memilih untuk berkongsi kemenangan mereka dengan Sabhi Saddi dan Fareedpf serta Sissy Iman dan Naim Daniel.

Selain The Jebats, turut layak ke pentas akhir adalah pasangan adik-beradik, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah, selain Bella Astillah dan Wani Kayrie.

Manakala, Naim Daniel dan Sissy Imann pula membuat kejutan apabila menjadi peserta keempat diumumkan layak ke final, sekali gus bakal memberi saingan untuk merebut gelaran juara.

















________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: