30 January 2023

"SEPATUTNYA KREDIBILITI ATAU KELAYAKAN MENJADI JURI MESTILAH PERNAH MENANG SATU ANUGERAH..." - AZWAN ALI



"Balik-balik muka yang sama muncul dalam televisyen, sedangkan penyanyi yang mahir mengenai vokal juga ramai dan boleh memberikan komentar mengenai persembahan nyanyian," itulah ujar pengacara sensasi, Azwan Ali, 56, atau lebih dikenali sebagai Diva AA yang meluahkan rasa kecewa dengan lambakan juri 'sampah' yang menguasai rancangan realiti di televisyen sedangkan ramai lagi penyanyi hebat.


Memetik Utusan Online, Azwan berkata, antara penyanyi hebat yang terbukti memenangi pelbagai anugerah vokal tetapi jarang dijemput menjadi juri seperti Datuk Aishah dan Datuk Francissca Peter.

Dalam pada itu, Azwan yang sudah berkecimpung selama 35 tahun dalam bidang seni itu berpendapat, individu yang menjadi juri perlu memenangi sekurang-kurangnya satu anugerah sepanjang bergelar sebagai penyanyi.

Ini kerana jelasnya, pencapaian tersebut menunjukkan kualiti vokal mereka pernah diiktiraf dan mendapat penghargaan menerusi penganjuran anugerah berprestij di negara ini dan barulah juri tersebut layak untuk menilai para peserta.

Klik untuk gambar besar



"Sepatutnya kredibiliti atau kelayakan menjadi juri mestilah pernah menang satu anugerah sepanjang karier mereka. Sekurang-kurangnya vokal mereka sudah dinilai dan diiktiraf sekiranya program tersebut berkaitan dengan nyanyian, barulah layak menilai peserta bertanding.

"Adakah sikap juri yang suka mengamuk dan terjerit-jerit ini menjadi 'nyawa' kepada stesen televisyen?" katanya.

Bukan itun sahaja, Azwan yang sinonim dengan ayat 'see my level' itu turut menempelak rancangan hiburan yang tidak menghormati kedudukan sebenar kerusi juri kerana lebih gemar meniru rancangan dari luar negara.

"Ini bukan rancangan realiti kartun yang sumbat siapa sahaja jadi juri sehingga terpekik-pekik dan terkinja-kinja. Ini trend negara mana? Kehormatan juri itu terletak pada kerusinya dan mereka perlu hormat dengan kedudukan tersebut," tuturnya.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: