30 January 2023

MAS IDAYU ENGGAN BERI KOMEN, SIBUK TULIS TANPA PANDANG WAJAH - SISSY IMANN, NAIM DANIEL TAK RAYU SEPERTI PESERTA LAIN



"Ini adalah sebuah persembahan hiburan keluarga. Terpulang kepada juri untuk menilai persembahan. Kami di sini berdiri sebagai penyanyi dan pemuzik agar dapat dinilai dengan keterbukaan hati."


Demikian kata penyanyi Naim Daniel ketika ditanya pengacara Janna Nick, adakah mahu Mas Idayu Mesnun, 51, memberikan komen selepas membuat persembahan pada pusingan Separuh Akhir (minggu ketujuh) program Famili Duo, malam tadi.

Tidak seperti peserta Famili Duo lain, gandingan pasangan sepupu, Sissy Iman dan Naim Daniel memilih untuk tidak merayu juri tetap, Mas Idayu memberikan komen membabitkan persembahan mereka.

Klik untuk gambar besar



Selepas Sissy dan Naim selesai mengadakan persembahan di minggu ketujuh program Famili Duo, Mas Idayu enggan memberi sebarang komen, sebaliknya dilihat sibuk menulis sesuatu di atas kertas di mejanya tanpa memandang wajah pasangan sepupu itu.

Meskipun begitu, persembahan Sissy dan Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 26, itu telah menerima 8 daripada 10 markah daripada Mas Idayu.

Dalam pada itu, Ajai yang juga selaku juri tetap program tersebut telah memberi komen dengan memuji persembahan Sissy dan Naim yang berjaya menjiwai watak menerusi lagu 'Pening' nyanyian asal Datuk M. Daud Kilau dan Ezlynn.



Sebelum ini, Sissy yang bergabung dengan Naim Daniel yang juga merupakan seorang pelakon itu dalam program Famili Duo telah menerima kritikan pedas daripada Mas Idayu selepas mempersembahkan lagu 'Jampi' nyanyian asal Hael Husaini dalam irama keroncong, minggu lalu.

Rentetan kritikan itu, Sissy atau nama penuhnya Sissy Imann Mohammad Kamil, 28, dilihat menangis di atas pentas.

Bagaimanapun, rata-rata netizen yang menyaksikan persembahan itu memberi komen positif dan beranggapan apa yang dipersembahkan satu kelainan kerana Sissy dan Naim bukan hanya menyanyi, tapi berlakon juga mengikut tema tugasan minggu keenam itu.





________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: