30 January 2023

SERAH KEPADA POLIS - FYNA JEBAT AKUI INSIDEN DISERANG MADU TAK GANGGU FOKUSNYA TERHADAP FAMILI DUO



"Tiada apa yang boleh saya kongsikan, biarlah saya serahkan kepada pihak berwajib. Itu sahaja," itulah kata penyanyi Fyna Jebat yang memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai insiden dia diserang oleh madunya, Datin Zalina Zaini di sebuah restoran mamak di Shah Alam pada 23 Januari lalu.


Jelas Fyna atau nama sebenarnya Nur Syafinaz Jebat, 30, buat masa ini dia menyerahkan kejadian berkenaan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, Fyna mengakui, fokusnya terhadap Famili Duo tidak terganggu meskipun banyak kontroversi melibatkan dirinya sejak muncul dalam pertandingan itu.

"Saya tidak terganggu. Saya fokus dengan pertandingan Famili Duo sebab kakak saya banyak berhabis dan pasukan kami juga dah banyak bertungkus lumus untuk memberikan yang terbaik.

Klik untuk gambar besar



"Saya terlalu sayangkan Famili Duo, jadi saya akan kekal fokus untuk memberikan persembahan sepenuh hati saban minggu," ujarnya lagi.

Sebelum ini, Fyna membuat pengakuan dalam program tersebut bahawa dia sudah bergelar isteri kepada bekas pemain bola sepak terkenal negara era 80 hingga 90-an iaitu Datuk Zainal Abidin Hassan.

Fyna bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkahwinan berkenaan, sebaliknya memohon orang ramai mendoakan kebahagian mereka.



Susulan itu, adik kepada penyanyi dan pelakon Ayda Jebat itu juga terpalit dengan kontroversi selepas didakwa terlibat dengan pergaduhan bersama madunya selepas persembahan Famili Duo minggu keenam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan berlaku pergaduhan kecil melibatkan dua isteri kepada bekas bintang bola sepak terkenal berkenaan.

Iqbal juga memberitahu isteri pertama Zainal dikatakan menarik rambut madunya hingga membawa kepada pergaduhan dan pertengkaran di luar premis tersebut.



________ IKLAN ________

JUALAN PAYDAY 25 JANUARI. JOM BOOKING, & BAYAR KEMUDIAN.  - - Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan PAYDAY mulai 12 malam 25 Januari ini.

Anda boleh booking dulu hari ini barangan mahal yang dijual hanya RM25 sahaja. Barangan adalah terhad, sapa cepat dia dapat!!

Malah banyak tawaran lain disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.  










_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: