30 January 2023

BELLA ASTILLAH DEDAH ALIFF AZIZ CUBA 'DISONDOL' PELAKON WANITA: "DIA MINTA MAAF, DIA KATA DIA BODOH TERSUKA PADA SUAMI SAYA"



"Mengenai hantaran di Instagram, saya sebenarnya risau seandainya kejadian lama berulang kembali. Sebagai isteri, memang ada perasaan trauma. Alhamdulillah, Aliff banyak berubah sejak kami rujuk.


"Selepas Aliff buat comeback, dia menjalani penggambaran dengan ramai pelakon wanita seperti Nad Zainal dan Intan Najuwa tapi tiada sebarang masalah. Cuma yang baru-baru ini ada masalah, hantaran tersebut sebagai amaran dan saya pun bertanya kepada Aliff dahulu berhubung isu tersebut.

"Macam orang kata, sebelum apa-apa kita kena tanya suami kita dahulu," jelas penyanyi Bella Astillah yang tidak menafikan kata-kata amaran menerusi Instagram Story miliknya sebelum ini ditujukan kepada seorang pelakon wanita yang sedang menjalani penggambaran bersama suaminya, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.

Ditemui selepas persembahan program Famili Duo minggu ketujuh pada malam Ahad, Bella berkata, dia berbuat demikian kerana bimbang sekiranya rumah tangga bersama Aliff kembali berantakan susulan gangguan orang ketiga.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Bella mendakwa, pelakon wanita tersebut selalu menghubungi Aliff berulang kali, malah kejadian itu kerap berlaku selepas tamat waktu kerja. Disebabkan itu, Bella mengakui dapat menghidu niat sebenar wanita berkenaan sekali gus membuat hantaran bermotifkan amaran.

"Apabila hari-hari ada missed call tujuh hingga lapan kali, rasanya itu tidak perlu. Pada mulanya saya tak tahu itu nombor siapa. Apabila saya minta nombor individu tersebut daripada rakan artis, rupanya memang nombor yang sama.

"Rasanya individu tersebut pun sedar yang saya dah tahu, saya sendiri pernah berlakon dengan suami orang tapi tak pernah pun berhubung selepas waktu kerja. Kalau telefon sekali dua, saya faham. Tapi kalau tujuh lapan kali, saya tak nampak sebabnya," ujarnya.



Tambah Bella lagi, dek kerana bimbang perkara tersebut berlarutan, dia menghubungi wanita berkenaan namun terkejut akan pengakuan berani dibuat pelakon tersebut yang mengakui menyukai Aliff.

"Saya ada berhubung dengan pelakon wanita tersebut. Dia minta maaf, dia kata dia bodoh kerana tersuka pada suami saya. Dia mesej dan WhatsApp saya tanpa henti, dia minta kami berkawan tapi saya tak mahu. Sekarang ini makin ramai yang berani mendekati pasangan orang lain. saya rasa sangat kecil dan tidak dihormati," tuturnya.

Meskipun pelakon wanita berkenaan sudah meminta maaf, Bella memberitahu, dia memerlukan masa untuk memaafkan individu tersebut sekali gus meletakkan syarat kepada Aliff untuk tidak bergandingan lagi dengan pelakon itu.



"Saya ini hanyalah manusia biasa. Mungkin proses ini mengambil masa perlahan-lahan. Kejadian sebelum ini saya pun dah maafkan dan lupakan. Saya tidak simpan perasaan dendam dan benci.

"Cuma kejadian yang terbaharu ini saya tidak boleh terima. Sebagai orang industri, mungkin dia pun tahu apa yang pernah kami lalui. Dia sepatutnya lebih berhati-hati.

"Apa pun, Aliff dah bersetuju untuk tidak lagi berkerjasama dengan pelakon tersebut selepas ini. Mereka ada sebulan lagi untuk penggambaran. Aliff pun ajak saya datang ke set kalau ada kelapangan," jelasnya.

Untuk makluman, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Ayden Adrian, 6, dan Ara Adreanna, 3.





________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: