30 January 2023

"SAYA MENGALIRKAN AIR MATA KERANA KECEWA DENGAN DIRI SENDIRI..." - SISSY IMANN TAK KECIL HATI DENGAN MAS IDAYU



"Sejujurnya, saya mengalirkan air mata kerana rasa kecewa dengan diri sendiri apabila persembahan lagu Jampi yang berkonsepkan keroncong tidak menjadi seperti dirancang. Saya merasakan persembahan tidak seperti diharapkan yang membuatkan saya seperti mengecewakan Naim.


"Apatah lagi prestasinya pada malam itu baik-baik sahaja," ujar penyanyi Sissy Imann yang tampil menegaskan tangisan usai menerima komen Mas Idayu bukan disebabkan kecil hati terhadap juri tetap Famili Duo itu, sebaliknya lebih kepada rasa kecewa dengan diri sendiri.

Sissy yang sebelum ini menyepikan diri selama seminggu itu menjelaskan, tiada isu antaranya dengan Mas Idayu seperti disangka ramai kerana air mata yang gugur lebih kepada perasaan bersalah sehingga mengecewakan sepupu merangkap teman regunya, Naim Daniel.

Ditanya sama ada sudah menghubungi atau membuat permohonan maaf atas insiden yang membuatkan juri tersebut dikecam ramai, Sissy yang sebelum ini tidak membalas panggilan mahupun mesej daripada media itu mengakui belum lagi melakukannya berikutan beberapa perkara.

Klik untuk gambar besar



"Sebenarnya dalam tempoh satu minggu ini saya memang tidak menjawab sebarang panggilan telefon dan tidak membaca mesej dalam mana-mana platform.

"Kalau ada pun cuma balas mesej dan panggilan Naim sahaja, tetapi pada awalnya dia pun saya tak pedulikan. Cuma selepas beberapa kali cubaan, saya baru bagi maklum balas.

"Jadi tengok dahulu macam mana (hubungi Mas Idayu)," ulasnya yang maklum bahawa juri itu hanya menjalankan tanggungjawab.

Sissy juga mengambil tindakan tidak membaca sebarang komen dalam laman sosial atau mesej peribadi kerana tidak mahu kontroversi yang tercetus susulan insiden air mata itu mengganggu kesihatan mental.

"Kalau baca pun cuma sekali lalu sahaja. Selepas saya muat naik perkongsian Instagram dalam tempoh seminggu ini, saya terus menutup aplikasi tersebut," katanya.

Bagi penyanyi yang sudah hampir sedekad berada dalam industri muzik itu, fokusnya kini adalah terus jalan ke depan tanpa memikirkan lagi perkara yang sudah berlaku.

Pasangan duo tersebut turut membuktikan kesungguhan mereka melalui tempoh sukar minggu lalu berhasil apabila dapat melangkah ke pusingan akhir Famili Duo bersama tiga pasangan lain pada Ahad depan.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: