14 January 2023

"INI PETUNJUK ALLAH... SARAH REDA" - PUTERI SARAH NAFI ANTI POLIGAMI DEK KERANA TAK RELA BERMADU



Baru-baru ini, pelakon Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, telah mengeluarkan kenyataan mahu 'dilepaskan' kerana tak rela dimadukan.




Dek kerana itu, Puteri Sarah menepis dakwaan anti poligami susulan kenyataannya tersebut selepas suaminya, Syamsul Yusof membuat pendedahan bernikah dengan Ira Kazar, baru-baru ini.

"Ramai kata Sarah tak nak poligami. Malah, ada juga yang anggap Sarah anti poligami. Mereka kata Sarah tak nak Ikut suruhan Allah. Itu semua tak betul.

"Cuma Sarah, Syamsul dan pastinya, isteri barunya, keluarga dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) sahaja yang tahu apa yang berlaku di sebaliknya. Jadi, Sarah rasa cukup-cukuplah," jelasnya.

Klik untuk gambar besar



Ujar Puteri Sarah, dia menyifatkan keputusannya memfailkan perceraian, Isnin ini dibuat sebagai petunjuk dari Allah atas jawapan kepada doa dipanjatkan ketika menunaikan umrah di Makkah, tahun lalu.

Pelakon filem 'Lu Pikirlah Sendiri de Movie' itu berkata, selain nekad memfaikan perceraian, dia juga reda dengan apa sahaja yang ditakdirkan untuknya.

"Sarah pergi umrah bulan puasa tahun lepas dan minta Allah tunjukkan jalan keluar. Inilah petunjuk Allah pada Sarah dengan apa yang berlaku. Keputusan bercerai adalah Allah yang gerakkan hati Sarah.



"Sarah memang reda dengan apa yang terjadi. Walaupun ada yang mempertikaikan betulkah Sarah reda. Sarah tahu apa yang berlaku di sebaliknya," ungkap Puteri Sarah.

Kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Susulan pengakuan Syamsul, topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira Kazar sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga 'trending' dalam Twitter.

Untuk makluman, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.



________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: