14 January 2023

"AYAH MEREKA DIRAMPAS PEREMPUAN KEJAM... LAKNATLAH HIDUPNYA" - IBU SEDIA MAAFKAN SYAMSUL, TAPI TIDAK BAGI KELUARGA IRA KAZAR



"Seorang ibu sentiasa memaafkan anak yang dilahirkannya. Namun saya tidak akan maafkan keluarga Kazar atas perbuatan mereka kepada menantu saya!" tutur ibu kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail.


Datin Patimah yang menjadi individu paling terluka kerana dibelakangkan anak sendiri itu sedia memaafkan Syamsul, 39, atas segala keterlanjuran perbuatannya.

Namun, isteri kepada penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam itu berkata, dia tidak mungkin dapat mengampunkan keluarga Ira Kazar yang meruntuhkan kebahagiaan menantunya yang juga isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah Liyana, 37.

Tambah Patimah, dia reda apabila Syamsul nampaknya lebih sebelahkan keluarga isteri keduanya Ira yang juga anak kepada pelakon Kazar Saisi, 64, ketika ini.

Klik untuk gambar besar



Jelasnya lagi, Syamsul juga tidak cuba menghubunginya selepas kali terakhir memaklumkan mengenai pernikahannya dengan Ira awal bulan lalu.

"Dia hanya ada 'WhatsApp' beritahu sudah nikah. Sekarang dia berkiblatkan keluarga Kazar! Tak tahu apa sudah jadi pada dirinya. Hanya kepada Allah saya berserah," katanya menerusi balasan mesej di WhatsApp kepada Harian Metro.

Patimah turut menjadi perhatian apabila kerap memberikan reaksi balas termasuk komen mengenai isu itu di media sosial.



Sementara itu, menerusi muat naik hantaran di Instagram Story, ibu Syamsul telah menunjukkan perasaan geram terhadap Ira yang disifatkan perampas kebahagiaan keluarga orang lain.

Dalam hantaran tersebut yang turut disertakan foto dua cucunya yang juga anak kepada Syamsul dan Puteri Sarah, sebagai latar belakang.

"Ayah mereka telah dirampas oleh perempuan yang kejam. Ibu mereka ditinggalkan kerana perempuan itu. Laknatlah hidupnya," tulisnya.



"Salahkah apa yang saya luahkan? Itu kebenarannya. Kalau salah, makin ramailah perosak rumah tangga orang. Biar Allah hukum mereka-mereka ini," ujarnya lagi.

Sejak pengumuman Syamsul pada 6 Januari lalu bahawa dia dan Ira sudah bernikah, sorotan kisahnya menjadi perbualan rakyat Malaysia termasuk reaksi serta luahan pihak keluarga Syamsul.

Bukan setakat ibunya, bahkan bapanya Syamsul turut meluahkan kekecewaan terhadap berita itu sehingga tular videonya menitiskan air mata dalam satu temu bual.



________ IKLAN ________

JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.












_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: