14 January 2023

TERUJA MENANTI HARI KELAHIRAN CAHAYA MATA KETIGA - MAWAR RASHID BAKAL TIMANG ANAK PEREMPUAN



"Siapa teka betul?" itulah kata pelakon Mawar Rashid yang baru-baru ini mengadakan majlis gender reveal bagi mendedahkan jantina cahaya mata ketiganya itu dimana dia memaklumkan bakal menimang anak perempuan tidak lama lagi.


Dalam majlis tersebut yang turut diadakan sambutan ulang tahun kelahiran ke-2 tahun anak keduanya itu telah menyaksikan anak-anak Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Sahputri Wan Abdul Rashid, 28, bersorak teruja apabila mengetahui jantina adik bongsu yang bakal dilahirkan itu.

Malah suaminya yang juga pelakon iaitu Raf Yaakob juga dilihat teruja dengan berita tersebut. Sehubungan itu, rata-rata pengguna laman sosial mengucapkan tahniah selain turut teruja dengan pengumuman tersebut.

Klik untuk gambar besar



"Dah agak dah anak perempuan, tahniah. Seronok tengok keluarga Mawar ini bahagia saja." - "Semoga dipermudahkan urusan Mawar bersalin nanti, comel reaksi anak-anak," antara komen-komen pengguna laman sosial.

Terdahulu, pada September tahun lalu, Mawar mengumumkan dirinya sudah hamil lima bulan. Jelas Mawar, kehamilan ketiga ini agak mencabar kerana dia mengalami alahan teruk sehingga dikejarkan ke hospital.

Untuk makluman, Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf atau anam sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob pada 9 November 2017. Pasangan ini dikurniakan dua anak iaitu Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta.












________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: