15 January 2023

MENANG TROFI DI HONG KONG - NADIA AQILAH TAK SANGKA, TERUJA BAKATNYA DIHARGAI



Pelakon Nadia Aqilah baru-baru ini telah diiktiraf sebagai Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Dunia Hong Kong, menerusi watak utama yang dibawa dalam filem 'Eva'.


Berhubung kemenangannya itu, Nadia, 37, akui tidak menyangka dan malah dia juga tidak pernah meletakkan sasaran trofi dalam mengatur karier seni, namun teruja apabila bakatnya dihargai.

Dalam pada itu, pelakon lain iaitu Nadia Brian juga meraih trofi Pelakon Pembantu Terbaik pada festival sama dianjurkan Oktober lalu. Nadia berkata, pada mulanya, dia menolak melakonkan watak individu yang mengalami masalah kesihatan mental kerana menganggap tugas itu berat.

"Menang atau kalah, bagi saya subjektif. Saya terkejut apabila syarikat produksi, D'Alpha Legacy menghantar penyertaan ke festival filem itu. Saya tidak sangka dapat trofi, malah, Nadia Brian yang sama berlakon, juga menang.

"Mungkin isu yang diketengahkan dalam filem ini berbeza, di mana watak 'split personality' yang saya bawa menarik perhatian juri.

"Disebabkan watak ini agak gila, saya hampir beritahu tidak. Selepas baca skrip, saya fikir tidak cukup bersedia. Biasalah, pelakon teater, berlatih lama pun tetap tidak bersedia.

Klik untuk gambar besar



"Apatah lagi, ketika itu, saya sibuk dan tidak cukup masa buat persediaan. Tapi selepas jumpa pengarah, Suhaiza Aziz dan berkongsi maklumat, saya percaya, saya kena sokong dia sebagai pengarah baharu," katanya.

Jelas Nadia, dia akhirnya positif untuk membawa watak utama it atas kepercayaan Suhaiza dan sokongan diterima. Atas kejayaan dicapai, ibu kepada seorang anak ini amat menantikan maklum balas penonton sebaik 'Eva' menjengah pawagam pada 26 Januari ini.

"Cerita ini berbeza dan kami sudah buat yang terbaik. Mungkin filem ini tidak boleh jadi naskhah arus perdana kerana isu kesihatan mental yang diketengahkan.

"Saya akui apabila menonton filem ini, anda rasa tidak selesa. Namun, kami mahu mendidik penonton mengenai isu kesihatan mental," tuturnya.

Menjadikan filem Jerman sebagai rujukan, 'Eva' mengisahkan Eva, Amy dan Mike sebagai individu sama, namun terperangkap dalam satu tubuh. Eva terpilih sebagai pemenang filem kategori 'thriller' dan 'suspense' bagi pertandingan bulanan anjuran Festival Filem Cannes.

Melalui kemenangan itu, 'Eva' ditayangkan pada Festival Filem Cannes 2023 dan dicalon merebut anugerah Filem Terbaik bagi kategori 'thriller' dan 'suspense'.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: