19 January 2023

"ISTERI PERTAMA LEBIH BERHAK TERHADAP SUAMI... SAYA MEMANG PERLU MENGALAH" - SHIKIN MAEMBONG DEDAH PERNAH JADI ISTERI KEDUA SEBELUM BERCERAI



"Pada awal perkahwinan saya banyak memohon maaf kepada madu kerana faham hati seorang perempuan. Bila kita berlembut dengannya, Insya Allah lama-kelamaan mereka boleh terima kehadiran kita.


"Saya juga merendahkan ego kerana sedar isteri pertama lebih berhak terhadap suami. Pada saya, kalau nak berkongsi kasih ini, kita kena utamakan isteri pertama.

"Tapi syukur Alhamdulillah hubungan kami memang baik. Kami boleh keluar bersama-sama dengan suami. Saya memang baik dengan madu," ujar kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Maembong yang mendedahkan dia pernah bergelar isteri kedua dan mengakui tidak mudah hidup bermadu kerana banyak perkara perlu dikorbankan.

Jelas Shikin, perkahwinan bersama suami pada Mac 2020 itu turut mendapat keizinan daripada isteri pertama meskipun sedar bukan mudah madunya menerima hakikat tersebut. Bagaimanapun, rumah tangga yang dibina itu hanya bertahan dua tahun.

Kata Shikin atau nama sebenarnya Siti Nur' Ashikin Ismail, 40, sepanjang hampir dua tahun hidup bermadu, dia lebih banyak beralah kerana sedar kedudukannya sebagai isteri kedua.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, sebelum mengambil keputusan berkahwin, dia sedar akan cabaran yang bakal diharungi, namun Shikin reda dan terima dengan hati terbuka.

"Kadang-kadang kalau memang giliran kita tetapi isteri pertama ada hal ke apa, saya memang perlu mengalah. Kita tak boleh sentiasa terikat dengan suami sehingga sakit pun seorang diri.

"Sebelum buat keputusan nak jadi isteri kedua memang kena fikir panjang... memang banyak perkara yang kita kena berdikari sendiri," tuturnya yang dipetik sebagai berkata kepada mStar.

Meskipun sudah bercerai, Shikin berkata, dia reda dengan perkara itu dan menganggap sudah tiada jodoh di antara dia dan bekas suami.

Dalam pada itu, Shikin memberitahu yang dia sangat menghargai segala kebaikan dan kasih sayang diberikan bekas suami terhadapnya selain sentiasa mendoakan kebahagiannya bersama isteri pertama.

"Kami bercerai sebelum bulan Ramadan tahun lalu. Saya reda dengan ketentuan ini dan menghargai segala pengorbanan yang dibuat bekas suami. Kami pun berpisah secara baik... semuanya diselesaikan dengan perbincangan dan tiada simpan apa-apa perasaan tidak baik di antara kami," katanya.

Untuk makluman, Shikin pernah mendirikan rumah tangga dengan Chef Riz yang juga anak kepada Datuk Redzuwan Ismail atau Chef Wan pada 5 Disember 2014 namun bercerai pada Jun 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Arianna Natasya yang kini berusia lapan tahun.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: