19 January 2023

KONTROVERSI JEJAS KARIER - MAK WAN LATAH RAYU DIBERI TAWARAN BERLAKON BAGI TAMPUNG KEHIDUPAN, TERMASUK BELI UBAT



"Kepada penerbit diluar sana, kalau tak dapat beri banyak, cukuplah berlakon telefilem untuk bagi saya kerja. Itu sahaja saya mohon, dapat saya beli ubat," demikianlah rayu pelakon veteran Mak Wan Latah yang menyeru agar penerbit atau syarikat produksi sudi memberikan tawaran lakonan kepadanya demi meneruskan kelangsungan hidup termasuk menampung kos membeli ubat-ubatan.


Kata Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa'diah Mohd Daud, 62, dia tidak kisah watak apa yang diberikan kepadanya asalkan dia dapat kembali berlakon yang menjadi sumber pendapatannya.

Pada tahun 2022, nama Mak Wan hangat diperkatakan selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi termasuk isu perkahwinan ketiganya yang bertahan hanya tiga bulan sebelum mereka bercerai.

Bukan itu sahaja, malah Mak Wan turut terpalit dengan isu pentengkaran dengan bekas pembantunya sehingga kes tersebut dibawa ke mahkamah.

Rentetan pelbagai kontroversi yang mencalar nama baiknya, Mak Wan mengakui situasi tersebut memberi kesan kepada kariernya sehingga dia terpaksa hidup dalam kesempitan memandangkan tiada lagi tawaran berlakon.

Klik untuk gambar besar



Apa lebih menyedihkan kata Mak Wan, dia juga sering menerima mesej daripada pelbagai pihak yang mahu menarik balik barang-barang yang masih belum dilunaskan kerana tidak mempunyai wang untuk membayarnya.

"Kalau ada duit ia akan digunakan untuk bayar hutang sampai saya dapat banyak mesej memaklumkan mereka nak tarik barang-barang yang dibeli. Setahun saya diuji sampai saya sudah tak mampu nak bayar semua hutang.

"Tapi kalau ada duit saya akan terus bayar... sampai macam itu sekali kesusahan yang saya alami," tuturnya kepada mStar ketika ditemui di kediamannya di Kepong pada Khamis.

Kerana masih perlu berulang-alik ke Taiping, Perak bagi menghadiri perbicaraan atas tuduhan berkelakuan aib iaitu meludah dengan terhadap seorang wanita yang masih berjalan, Mak Wan memberitahu, dia juga terpaksa berjimat.

Mak Wan juga memberitahu, dia juga perlu membeli ubat-ubatan bagi penyakit diabetes, darah tinggi dan asma yang dihidapinya setiap bulan yang menelan kos tinggi. Selebihnya, Mak Wan menggunakannya untuk teruskan kehidupan

Sementara itu, Mak Wan memaklumkan yang dia kini tinggal bersendirian di rumah. Mengambil kesempatan itu, Mak Wan meluangkan masa mendekatkan diri kepada Allah dengan memperbanyakkan amal ibadat.

Jelasnya lagi, bukan mudah tinggal bersendirian pada usianya sekarang namun memilih menyibukkan diri dengan aktiviti keagamaan agar dia tidak menghadapi kemurungan.

"Saya tidak mahu terlalu fikir keadaan saya sekarang kerana bimbang akan mengalami masalah kemurungan apatah lagi sekarang saya tinggal sendirian di rumah.

"Saya cuba untuk tidak menangis atau memikirkan masalah yang berlaku selain mendekatkan diri kepada Allah. Sekurang-kurangnya Allah tak tinggalkan Mak Wan. Allah masih bersama Mak Wan. Semoga Allah tak benci Mak Wan," ujarnya.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: