19 January 2023

BERANGKAT KE TANAH SUCI ESOK - AIDIL AZIZ & FASHA SANDHA TERUJA PERTAMA KALI TUNAI UMRAH BERSAMA SEBAGAI SUAMI ISTERI



Pelakon Aidil Aziz yang bakal berangkat ke Tanah Suci esok itu meluahkan rasa teruja apabila dia akan ke sana bersama isterinya, pelakon Fasha Sandha bagi menunaikan ibadah umrah buat pertama kali sebagai pasangan suami isteri.


Jelas Aidil, segala urusan dipermudahkan buat mereka. Malah, anak mereka juga bakal diuruskan oleh ahli keluarga terdekat.

"Saya sudah beberapa kali menunaikan umrah, namun kali ini lebih istimewa kerana saya membawa isteri bersama-sama. Apatah lagi, pengalaman ini sesuatu yang baru buatnya.

Klik untuk gambar besar



"Sukar diungkap perasaan bakal menunaikan umrah bersama-sama isteri. Fasha usah disangkal lagi, memang teruja sejak awal lagi dan kami bersyukur semuanya dipermudahkan.

"Orang kata apabila menyimpan hasrat untuk menunaikan ibadah bersama, ada saja yang menawarkan diri untuk menjaga anak kami. Apatah lagi, ahli keluarga terdekat pula tu," tuturnya.

Kongsi Aidil lagi, perancangan untuk membawa isteri menunaikan umrah sudah lama namun tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani virus C0V1D.



"Memang niat dah lama namun inilah masa yang terbaik memandangkan Aisya pun sudah besar. Ini semua perancangan Allah SWT. Doakan semuanya dipermudahkan dan segala yang dirancang berjalan dengan lancar," katanya.

Untuk makluman, Aidil dan Fasha mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Aisha Amaira, 2 tahun.

Sebelum itu, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 9, dan Putri Raysha Jemyma, 8.














________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: