19 January 2023

DILABEL SAMSENG, BELUM BERTEMU RUAS LAGI - INI RESPON SHARNAAZ AHMAD



"Sebagai seorang artis, sepatutnya dia berkelakuan baik agar menjadi contoh dan ikutan sekurang-kurangnya kepada peminat. Sharnaaz, awak belum bertemu ruas lagi. Takut nanti awak yang lunyai.


"Nak samseng pun carilah dengan yang setanding," tulis individu berkenaan di Twitter dimaa diamenegur kelakuan Sharnaaz yang sepatutnya menjadi contoh kepada peminat selain memberi amaran pelakon itu belum bertemu lawan yang setanding.

Dalan kenyataan tersebut, Sharnaaz telah digelar sebagai samseng, susulan dirinya dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut pada Jun lalu.

Menerusi ciapan yang dibuat individu berkenaan di Twitter, dia menegur kelakuan Sharnaaz yang sepatutnya menjadi contoh kepada peminat selain memberi amaran pelakon itu belum bertemu lawan yang setanding.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Sharnaaz turut berkata yang dia tidak kisah jika digelar mafia kerana baginya, berjuang untuk diri sendiri adalah caranya mempertahankan diri.

Kata Sharnaaz, dia diajar oleh bapanya agar bangkit dan melawan sekiranya 'dipijak' namun berterima kasih atas nasihat yang diberikan kepadanya.

"Baik pakcik. Terima kasih atas nasihat. Saya bukan samseng. Saya pun dah lunyai dengan salah anggapan. Saya okay sahaja mana-mana pun. Mafia pun okay, popia pun okay.

"Yang penting bila dipijak, bangun dan pijak balik. Itu ayah saya yang ajar. Kita fighter untuk diri kita sendiri. Itu cara saya ya pakcik," kata Sharnaaz.

Terdahulu, Sharnaaz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jenayah, Kuala Lumpur atas pertuduhan menumbuk dan menedang penghuni sebuah kondominium dan dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM 2,000 oleh seorang penjamin.

Kes tersebut akan disebut semula untuk serahan dokumen pada 6 Mac depan.


________ IKLAN ________

JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.












_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: