19 January 2023

"PULANG DENGAN MULAKAN HIDUP BARU BERSAMA ANAK-ANAK" - PUTERI SARAH HARAP DAPAT TUNAI UMRAH DENGAN TENANG



"Saya rasa lega kerana segala apa yang saya pertahankan apa semua, saya boleh cakap telah buat yang terbaik untuk mempertahankan. Tapi nampaknya jodoh sampai sini sahaja. Jadi bagilah saya pergi umrah dengan tenang.


"Saya hanya mahu fokus kepada ibadah sahaja. Tak mahu fikir lagi ada masalah yang tidak selesai. Masih rasa tak tenang atau tak terjawab. Semua sudah terjawab.

"Saya harap boleh pergi umrah dengan tenang dan pulang dengan mulakan hidup baru bersama anak-anak," tutur pelakon Puteri Sarah yang bakal menunaikan umrah pada 26 Januari depan.

Pada Isnin lalu, Puteri Sarah, 38, selesai memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Klik untuk gambar besar



Ketika di mahkamah, pelakon yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri, 'Andai Itu Takdirnya' ini ditemani dua adiknya. Turut sama ialah peguam syarie yang mewakilinya iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader.

Terdahulu, sejak awal tahun lalu, kisah rumah tangga pasangan berkenaan menjadi bualan selepas Puteri Sarah mendedahkan diganggu oleh orang ketiga.

Kemelut rumah tangga mereka kian hangat selepas Syamsul mendedahkan sudah bernikah di dengan Ira Kazar di Thailand pada 6 Januari lalu berwalikan bapa pengantin perempuan yang juga pelakon senior, Kazar Saisi.

Untuk makluman, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah kini berusia 3 tahun.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: