19 January 2023

"KITA KERJA MAKAN GAJI" - TIADA KUASA TENTUKAN SIAPA AKAN MENGACARA GV MUSIM BARU, JIHAN MUSE AKUI ELLY MAZLEIN LEBIH 'BOOM'



"Saya tak berani cakap sebab itu keputusan pihak Astro. Kalau mereka rasa itu lebih baik, mungkin sebab mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk program tersebut termasuk dari segi rating tontonan.


"Kita nak cakap apa... kita kerja makan gaji, kan? Kalau mereka kata masih perlukan saya, kita buat. Saya positif sahaja kerana bagi saya, Insya Allah rezeki itu sentiasa ada."

Itulah ujar pelawak dan pengacara Jihan Muse yang mengulas mengenai kemunculan Elly Mazlein sebagai pengacara program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) menggantikan dirinya yang cuti bersalin sebelum ini sehingga diterima baik apabila ada yang meminta agar kedudukan penyanyi dan pelakon itu dikekalkan.

Ramai menyifatkan Elly atau lebih mesra dengan sapaan Kak Lina berjaya menghidupkan program tersebut dengan aksi bersahajanya selain memberi nafas baharu terhadap program popular berkenaan.

Klik untuk gambar besar



Jihan berkata, dia menyerahkan kepada pihak pengurusan Astro berhubung persoalan sama ada dia bakal kembali menerajui program tersebut atau sebaliknya.

Jelas Jihan lagi, sebagai seorang pekerja yang mengikut kehendak stesen televisyen, dia tidak mempunyai hak untuk mengekalkan kedudukan sebagai hos program tersebut.

Jihan berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Anugerah Juara Lag uke-37 (AJL37) yang diadakan di PJ Pac, 1 Utama, Damansara pada Rabu. Pada sidang media berkenaan, Jihan diumumkan sebagai hos acara berprestij itu bergandingan dengan Sherry Alhadad.



Dalam pada itu, Jihan turut mengakui dia sendiri terhibur dengan aksi Elly mengendalikan GV9 bersama pelawak dan pengacara Nabil Ahmad dan menyifatkan penyanyi itu seorang hos yang baik.

Ini kerana kata Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa, 40, bukan mudah untuk menghiburkan penonton setiap minggu dan Elly berjaya dengan caranya tersendiri.

"Saya memang dah dapat agak kalau tak Kak Lina, Sherry akan menggantikan saya. Alhamdulillah, bila saya tengok Kak Lina terpilih saya gembira dan program itu berjaya.

"Saya rasa lagi 'boom' sebab sejujurnya sebagai penonton kita pun nak tengok benda baru. Tambahan pula negara baru habis PKP, semua penonton dapat berhibur dan saya rasa GV9 paling best," katanya.

Bercakap mengenai perkembangan terkininya, Jihan berkata, sejak melahirkan anak kedua, tumpuannya lebih tertumpu kepada keluarga dan bersikap memilih tawaran diberikan kepadanya.

"Sekarang memang saya beri keutamaan kepada keluarga. Sekiranya ada tawaran tidak menganggu masa bersama keluarga, Insya Allah memang saya akan buat. Tapi apa yang saya boleh katakan, kini saya memang utamakan keluarga terlebih dahulu," tuturnya.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: