19 January 2023

"DIA TAK MAHU DIGANGGU DI SET PENGGAMBARAN" - KEMELUT RUMAH TANGGA BUAT FIKIRAN SYAMSUL YUSOF KUSUT, TERGANGGU



"Buat masa ini, apa yang boleh saya katakan, dia (Syamsul Yusof) tak mahu diganggu di set penggambaran. Rasanya ramai yang tahu, dia kini sedang sibuk. Saya tak campur urusan peribadinya tetapi tak dinafikan, memang boleh tahu.


"Fokusnya sedikit terganggu berikutan isu yang sedang berlaku," kata penerbit Eksekutif Razor Edge Pictures, Datuk Saniboey Mohd. Ismail mengenai pengarah dan pelakon Syamsul Yusof yang dimana kemelut rumah tangga yang dihadapinya itu sedikit sebanyak mengganggu fikiran.

Memetik Utusan Online, Datuk Saniboey berkata meskipun Syamsul tidak berkongsi masalah peribadi dengannya namun dia tahu pengarah tersebut kusut memikirkan kontroversi menimpanya.

Mengakui progres di set penggambaran terjejas disebabkan kontroversi rumah tangga pengarah filem 'Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan' itu namun masih boleh dikawal, Saniboey turut berkata, buat masa ini, Syamsul tidak mahu diganggu kerana mahu memberi fokus dengan penggambaran.

Klik untuk gambar besar



Dalam masa sama, Saniboey juga memberitahu yang dia mengagumi sifat profesional Syamsul yang tetap semangat mengenai soal kerja meskipun berdepan masalah.

"Satu mengenai Syamsul yang saya kenali, dia ini memiliki semangat yang jitu bila tiba bab kerja. Profesionalisme Syamsul ketika bikin filem memang tak dapat disangkal.

"Itu juga menjadi satu sebab saya kagumi dirinya. Dalam pada sedang dilanda masalah, dia tetap profesional dan cuba siapkan kerja dengan sehabis baik," katanya.

Pada Isnin lalu, isteri pertama Syamsul iaitu pelakon Puteri Sarah Liyana nekad memfailkan perceraian di mahkamah syariah selepas 9 tahun mendirikan rumah tangga.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: