18 January 2023

MASIH DALAM PROSES PEMULIHAN - REZEKI ZAMANI SEMAKIN MURAH, DILIHAT SANGAT BERTENAGA BUAT PERSEMBAHAN



Walaupun masih dalam proses pemulihan selepas selamat menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang yang melengkung akibat penyakit skoliosis di sebuah pusat perubatan swata di Cheras pada 7 November lalu, rezeki penyanyi Zamani Slam, 52, dilihat semakin murah.


Semalam, Zamani hadir pada majlis pelancaran lagu tema filem Coast Guard, Yes Sir nyanyiannya bersama bakat baharu dikenali, Ariff Peter di Stesen Udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini.

Dalam persembahan tersebut, Zamani dilihat sangat bertenaga, dan paling utama nampak jelas dirinya sudah boleh berdiri dan berjalan tegak ketika membuat persembahan nyanyian. Begitu juga, kawalan vokal Zamani juga masih dalam keadaan baik.

Klik untuk gambar besar



Malah, persembahan Zamani ketika menyanyikan lagu 'Yes Sir' itu tidak menghampakan dan tetamu yang hadir pada acara berkenaan juga memberi tepukan gemuruh kepadanya sebaik persembahan selesai.

Bagaimanapun, usaha media yang hadir untuk menemubual Zamani tidak kesampaian apabila dimaklumkan oleh rakan duetnya, Ariff Peter bahawa penyanyi lagu 'Gerimis Mengundang' itu harus pulang awal.

"Saya mohon maaf kepada semua rakan media kerana abang Zamani terpaksa pulang awal atas sebab masalah kesihatan yang dihadapi," katanya ketika sidang media berlangsung.

Terdahulu, Zamani atau nama penuhnya Zamani Ibrahim ketika ditemubual media sebelum ini memaklumkan keadaan kesihatannya semakin baik dan sihat walaupun masih belum pulih sepenuhnya.

"Banyak juga yang terbatas. Sakit pula 'on and off' datang. Malah, ada kalanya kaki saya bengkak, namun digagahkan juga untuk buat persembahan," jelasnya ketika ditemui media pada konsert sempena sambutan Tahun Baru 2023, baru-baru ini.

Bagaimanapun,Zamani memaklumkan,dia perlu berjaga-jaga dari melakukan aktiviti seperti menunduk, membongkok dan kerja berat yang lain. Namun, Zamani turut memaklumkan dia sentiasa merujuk dan mendapatkan nasihat daripada doktor.


________ IKLAN ________

JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.












_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: