18 January 2023

BEKAS MISS UNIVERSE MALAYSIA 2020 DEDAH DIEKORI LELAKI BERJUBAH & BERKOPIAH - LEHER KENA 'CALIT', DIAJAK MASUK HOTEL OLEH INDIVIDU SAMA



Menerusi perkongsian di laman Instagram, Miss Universe Malaysia 2020 iaitu Francisca Luhong James telah berkongsi keadaan dimana dia berdepan detik cemas apabila mendakwa diganggu oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika berada di sebuah hotel di ibu negara pada Selasa lalu.


Tidak hanya diekori, Francisca berkata, lelaki yang memakai jubah putih serta berkopiah itu turut mencalit sesuatu pada bahagian lehernya, dipercayai minyak ketika dia sedang duduk di sofa lobi hotel sementara menunggu pemandu e-hailing.

"Selepas selesai temu janji di spa, saya turun ke lobi hotel untuk menunggu pemandu e-hailing. Sebaik duduk di sofa menunggu, saya bertemu dengan lelaki itu sekali lagi.

"Lelaki yang sama dengan pakaian yang sama. Paling menakutkan dia meletakkan sesuatu pada leher saya seperti minyak. Saya sangat takut dan terus menghubungi rakan untuk dapatkan bantuan pengawal keselamatan," jelasnya.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Francisca turut mendedahkan lelaki itu adalah individu sama ditemuinya kira-kira setahun lalu di sebuah hotel lain di Kuala Lumpur.

Dedahnya, ketika itu lelaki berkenaan tampil dengan pakaian sama malah berani mendekatinya mengajak keluar minum meskipun ditolak secara baik.

Apa lebih mengejutkan kata Francisca, lelaki itu turut berani mengajaknya untuk berbual di bilik hotelnya membuatkan dia takut dengan individu tersebut.

Malah, kongsi bekas Miss Universe Malaysia itu lagi, dia juga tidak tahu sama ada kemunculan lelaki sama itu adalah secara kebetulan atau dia memang mengekorinya.



"Setahun yang lalu, sewaktu saya sedang menunggu rakan sebelum ke Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW), ada seorang lelaki berjubah bertanya sama ada saya seorang diri dan tujuan saya di sana.

"Saya cuba mengelak daripadanya namun dia masih berkeras dan mempelawa untuk minum kopi atau bersembang di bilik hotelnya. Paling menakutkan individu itu adalah lelaki yang sama. Saya tidak tahu ia hanya satu kebetulan atau dia memang stalker?

"Saya sudah rasa tidak lagi selamat dan berharap orang lain tidak ditimpa nasib yang sama. Tolong berhati-hati kerana dunia kini sudah tidak lagi selamat," jelasnya.

Sementara itu, Francisca ketika dihubungi portal mStar itu memaklumkan, dia baharu sahaja selesai membuat laporan di salah sebuah balai polis di Kuala Lumpur pada Rabu berhubung insiden berkenaan.



Kata Francisca, sebelum ini dia tidak sempat membuat aduan berhubung gangguan tersebut kerana bergegas dengan urusan lain namun kali ini tidak akan berdiam diri.

Jelas Francisca, tindakan memuat naik gambar lelaki tersebut juga bukan tujuan untuk membuka aib, sebaliknya ingin memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak melalui nasib sama.

"Saya baharu sahaja buat laporan polis untuk keselamatan dan melindungi diri. Sekali lagi saya ingin tegaskan, saya memuat naik gambar lelaki itu bukan mahu membuka aib, tetapi sekadar nak beri kesedaran kepada semua.

"Mungkin orang akan ingat dengan berpakaian jubah seperti itu, dia seorang yang baik. Disebabkan itu saya rasa pihak hotel tidak menghalaunya. Saya tidak mahu keluarga dan rakan-rakan saya mengalami perkara yang sama kerana ia sangat menakutkan," katanya.










________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: